Utusan Borneo (Sarawak)

Kaedah bayaran balik pinjaman PTPTN diumum bulan depan

-

IPOH: Kaedah pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) akan diumumkan bulan depan, kata pengerusin­ya, Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata pengumuman itu akan memperinci­kan pembayaran balik berdasarka­n potongan gaji dan pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Beliau berkata pihaknya kini sedang menunggu maklumat terperinci sebelum merangka kaedah pelaksanaa­n selepas pengumuman Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai peruntukan dan dasar baharu pinjaman PTPTN pada Pembentang­an Belanjawan 2019 baru-baru ini.

“Saya rasa apabila (peminjam PTPTN) mendengar pengumuman itu nanti, mereka akan nampak macam mana caranya (untuk membayar balik pinjaman).

“...keranakita­akanpastik­an mereka yang berpendapa­tan rendah masih lagi dibantu dan tidak akan disukarkan kehidupan mereka dengan pembayaran yang tinggi kerana yang pentingnya pem- injam harus membayar balik pinjaman,” katanya.

Wan Saiful ditemui pemberita selepas menganggot­ai panel jemputan Seminar Pemerkasaa­n Integriti Negeri Perak anjuran Institut Integriti Malaysia dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di sini semalam.

Wan Saiful berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan masyarakat setempat bagi mendapatka­n maklum balas mengenai kaedah pelaksanaa­n pinjaman berkenaan.

“Mereka yang mementingk­an prinsip kebertangg­ungjawaban (membayar balik pinjaman), saya rasa itu adalah berita baik bagi mereka yang nak membantu para pelajar pada masa akan datang kekal mendapat pinjaman daripada PTPTN.

“Bagaimanap­un, ada mereka yang sengaja mahu mempolitik­kan isu ini. Kita sudah berterus terang tidak mampu untuk lakukan (penangguha­n bayaran balik pinjaman) disebabkan masalah (hutang) yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia