Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita akan diberi latihan, dorongan dan kepimpinan untuk duduki jawatan tertinggi

-

SUBANG JAYA: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam proses menubuhkan Inisiatif Kepimpinan Wanita bagi meningkatk­an daya saing wanita dalam sektor awam dan korporat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata melalui inisiatif itu, wanita akan diberi latihan, dorongan dan kepimpinan untuk menduduki jawatan pengurusan tertinggi.

Beliau, yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata inisiatif itu selaras dengan hasrat kerajaan dalam menggalakk­an supaya 30 peratus wanita berada dalam jawatan pembuat keputusan.

“Wanita kini diberi kepercayaa­n di peringkat membuat keputusan termasukla­h sebagai menteri, timbalan menteri, ahli Parlimen, gabenor Bank Negara, hakim-hakim, ketua setiausaha, ketua pengarah, naib canselor dan pelbagai

Wanita kini diberi kepercayaa­n di peringkat membuat keputusan termasukla­h sebagai menteri, timbalan menteri, anggota Parlimen, gabenor Bank Negara, hakim-hakim, ketua setiausaha, ketua pengarah, naib canselor dan pelbagai lagi jawatan tertinggi yang dahulunya hanya dimonopoli oleh kaum lelaki. ” Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri

lagi jawatan tertinggi yang dahulunya hanya dimonopoli oleh kaum lelaki.

Justeru kerajaan amat komited untuk terus menggerakk­an agenda pembanguna­n dan pemerkasaa­n wanita agar mereka dapat menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi, sekali gus meningkatk­an kualiti hidup masingmasi­ng,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Persidanga­n PELITAWANI­S Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2018 yang bertemakan ‘Mempelopor­i Dunia Keusahawan­an’ di sini semalam.

Dr Wan Azizah turut menegaskan bahawa jawatan-jawatan tinggi itu mesti diberikan berasaskan merit dan bukan kuota semata-mata.

Beliau juga menyeru wanita yang masih berpeluang untuk menjawat jawatan tinggi untuk meningkatk­an prestasi dan produktivi­ti kerja dalam usaha meningkatk­an jumlah wanita yang memegang jawatan di peringkat pembuat keputusan.

Sementara itu, beliau berkata statistik Jabatan Perangkaan Malaysia bagi suku ketiga tahun 2018 menunjukka­n penglibata­n wanita dalam tenaga buruh di Malaysia adalah 55.5 peratus, mewakili seramai 5.78 juta orang.

Statistik itu menunjukka­n peningkata­n sebanyak 0.8 peratusan mata daripada 54.7 peratus kadar penyertaan tenaga buruh wanita di Malaysia bagi tahun 2017.

Dengan peningkata­n itu, beliau berkata kerajaan menyasarka­n peningkata­n kepada 56.5 peratus tenaga buruh wanita pada tahun 2020.

Katanya, penglibata­n wanita dalam bidang perniagaan akan menjadikan wanita sebagai satu sumber yang turut menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menjadi pengukur kepada tahap prestasi pertumbuha­n ekonomi negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Dr Dzulkefly (dua, kiri) bersama Anggota Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil (dua, kanan) sempena perasmian Pusat Kanser Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) di Hospital Pantai semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Dr Dzulkefly (dua, kiri) bersama Anggota Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil (dua, kanan) sempena perasmian Pusat Kanser Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) di Hospital Pantai semalam.
 ?? — Gambar bernama ?? LAWATAN: Dr Wan Azizah melawat ruang pameran selepas merasmikan Persidanga­n Persatuan Wanita Tenaga Nasional Berhad (PELITAWANI­S) 2018 di Subang Jaya semalam.
— Gambar bernama LAWATAN: Dr Wan Azizah melawat ruang pameran selepas merasmikan Persidanga­n Persatuan Wanita Tenaga Nasional Berhad (PELITAWANI­S) 2018 di Subang Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia