Utusan Borneo (Sarawak)

Pemeriksaa­n berkala mampu kesan peringkat awal kanser: Dr Dzulkefly

-

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia disaran melakukan pemeriksaa­n perubatan secara berkala kerana ia mampu mengesan peringkat awal kanser, di samping sentiasa peka tentang petanda penyakit itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kebanyakan kes kanser lewat didiagnos, selalunya pada tahap tiga atau empat akibat kekurangan kesedaran, pemeriksaa­n kesihatan secara tidak berkala atau kekurangan saringan sewajarnya.

“Pengesanan awal dan tepat menjadi kunci kepada intervensi awal untuk semua jenis kanser bagi meningkatk­an peluang merawatnya dengan berjaya,” kata beliau pada majlis pelancaran semula Pusat Kanser di Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL), di sini semalam.

Menurut Kementeria­n Kesihatan, kira-kira 100,000 rakyat Malaysia menghidap kanser setiap tahun.

Dalam perkembang­an berkaitan, Dr Dzulkefly berkata kerajaan memperuntu­kkan RM20 juta untuk manfaat 70,000 wanita dalam mendapatka­n saringan mammogram, Vaksinasi Human Papillomav­irus (HPV) dan ujian pap smear.

Sementara itu, Pusat Kanser PHKL meluaskan perkhidmat­an radioterap­i dan onkologiny­a bagi menyediaka­n penjagaan bersepadu sepenuhnya kepada pesakit kanser di suatu pusat tunggal. Penjagaan harian kemoterapi­nya kini mampu memberi rawatan kemoterapi hingga kepada 35 pesakit setiap hari dalam persekitar­an lebih kondusif dan tempoh menunggu lebih singkat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia