Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia naik lima anak tangga dalam Laporan Kesaksamaa­n Gender 2017

-

PUTRAJAYA: Kedudukan Malaysia dalam senarai ‘The Global Gender Gap Report 2017’ meningkat lima anak tangga pada kedudukan ke70 daripada 144 negara, berbanding kedudukan ke-75 pada 2016.

Ketua Perangkawa­n Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata kedudukan itu dicapai setelah mengambil kira Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) yang menunjukka­n purata skor bagi empat subindeks (peluang dan penyertaan ekonomi; pencapaian pendidikan, kesihatan dan kehidupan; dan penguasaan politik) sebanyak 0.697 atau 69.7 peratus.

Katanya skor itu meningkat daripada 0.692 (69.2 peratus) pada2016. Skor1.0(100peratus) ditakrifka­n sebagai tiada jurang antara lelaki dan wanita.

“Dalam masa sama, Malaysia berada pada kedudukan kelapan, berbanding kedudu- kan kesembilan pada tahun 2016, di kalangan negara Asia Timur dan Pasifik, di hadapan Indonesia, China dan Brunei,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Penerbitan Statistik Pemerkasaa­n Wanita dalam Domain Terpilih Malaysia 2018 yang memaparkan statistik berkaitan gender di Malaysia bagi tahun 2015 hingga 2017.

Bagaimanap­un, Mohd Uzir berkata skor 0.697 itu menunjukka­n masih wujud ketidaksam­aan gender dengan jurang skor 0.303.

Kesaksamaa­n telah dicapai bagi subindeks pencapaian pendidikan dengan skor 1.040 yang menunjukka­n pencapaian wanita telah melebihi lelaki dalam pendidikan, diikuti kesihatan dan kehidupan (0.961), peluang dan penyertaan ekonomi (0.726) dan penguasaan politik (0.061). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia