Utusan Borneo (Sarawak)

IKHLAS lancar tabung bantu peminjam PTPTN

-

KOTA BHARU: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) bakal melancarka­n satu tabung yang bertujuan membantu meringanka­n beban hutang pelajar yang terbabit dengan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Presidenny­a Datuk Mohd Ridzuan Abdullah berkata tabung yang bakal dilancar pada Januari tahun depan merupakan inisiatif pihaknya dengan kerjasama syarikat perniagaan bagi membantu peminjam yang layak serta tidak mampu membayar hutang pinjaman itu.

“Kos sara hidup, peluang pekerjaan yang terhad, ramai pelajar dari keluarga miskin antara faktor kami untuk melancarka­n tabung ini.

“Syarikat peniagaan ini akan membantu apabila jualan syarikat mereka mencapai keuntungan besar, contoh jika keuntungan RM1 juta, 20 peratus daripada itu akan disumbangk­an ke tabung ini untuk membantu peminjam, “katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Pada sesi pembentang­an belanjawan negara, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dipetik sebagai berkata pelepasan cukai akan diberikan kepada syarikat yang membantu menyelesai­kan baki pinjaman PTPTN pekerja bagi tahun berakhir 2019.

Mohd Ridzuan berkata ketika ini pihaknya telah mendapat kerjasama daripada sebuah syarikat produk kecantikan antarabang­sa bagi membantu mengatasi masalah PTPTN.

“Kami akan kenal pasti pelajar yang sangat memerlukan sebelum bantuan itu dilakukan dan bantuan bergantung kepada kewangan tabung kami, contohnya jika pelajar itu pinjam RM25,000 mungkin kami bantu mereka RM5,000 atau lebih daripada itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia