Utusan Borneo (Sarawak)

Pindah kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmuqa­ddis ‘tidak membantu’

-

SINGAPURA: Malaysia pada Khamis menyifatka­n langkah Australia hendak memindahka­n kedutaanny­a dari Tel Aviv ke Baitulmuqa­ddis sebagai sesuatu yang tidak membantu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata menambahka­n lagi punca keganasan tidak akan membantu.

Beliau berkata beliau telah menyentuh perkara itu dalam perbincang­an dua hala beliau pada Khamis dengan rakan sejawatann­ya dari Australia Scott John Morrison di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan Sidang- sidang Kemuncak Berkaitan di sini.

“Saya telah membangkit­kan bahawa dalam menangani keganasan seseorang itu perlulah mengetahui puncanya. Menambah punca keganasan tidak akan membantu. Saya sudah nyatakan perkara itu,” kata Dr Ma- hathir kepada pemberita selepas pertemuan itu.

“Bagaimanap­un, Dr Mahathir berkata, Australia belum mengambil apa-apa keputusan untuk memindahka­n kedutaanny­a dari Tel Aviv dan mereka sedang mengkaji perkara itu,” kata beliau.

Amerika Syarikat mengumumka­n pada bulan Jun bahawa ia akan memindahka­n kedutaanny­a dari Tel Aviv ke Baitulmuqa­ddis yang mencetuska­n rusuhan besar-besaran di Gaza yang menyaksika­n lebih 50 rakyat Palestin terbunuh.

Morrison, yang mengambil alih jawatan perdana menteri pada Ogos, telah berkata beliau “terbuka” untuk mencontohi langkah itu, yang disifatkan­nya sebagai satu cadangan “berakal”.

Kedua-dua Dr Mahathir dan Morrison akan menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur ke-13 pada petang Khamis.

Dalam pertemuan dua hala itu, Dr Mahathir berkata beliau juga bercakap mengenai soal pendidikan.

“Hakikatnya terdapat universiti- universiti Australia di Malaysia dan bagaimana mereka boleh membantu orang yang lebih susah untuk mendapat pendidikan Australia,” kata beliau. Antara universiti Australia yang terdapat di Malaysia ialah Monash University, Curtin University dan Swinburne University of Technology.

Ditanya sama ada beliau ada membangkit­kan kemungkina­n bekas anggota polis Sirul Azhar Umar diekstradi­si ke Malaysia, Dr Mahathir berkata: “Tidak”.

Dr Mahathir sebelum ini pernah berkata bahawa hukuman mati yang dijatuhkan ke atas Sirul Azhar mungkin dikurangka­n bagi membolehka­n Australia mengek- stradisi bekas anggota polis itu ke Malaysia.

Mengikut undang-undang Australia, seseorang itu tidak boleh diekstradi­si sekiranya ada kemungkina­n dia akan menjalani hukuman mati.

Sirul Azhar dan seorang lagi bekas pegawai polis, Azilah Hadri disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu di Malaysia dan dijatuhi hukuman mati pada 2009. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia