Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia berpendiri­an, lautan di sekitar rantau ASEAN hendaklah bebas dari kapal perang yang besar

-

SINGAPURA: Tidak dibenarkan kapal perang di perairan ASEAN, namun bot kecil mungkin boleh, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Amerika Syarikat semalam.

“Jika strategi itu tidak melibatkan penghantar­an ‘The Seventh Fleet’di kawasan berkenaan, kita akan menyambut baik perkara itu,” katanya ketika ditanya mengenai pemahaman dan harapan ASEAN terhadap strategi Indo-Pasifik Amerika Syarikat.

Ketika berucap pada sisi Persidanga­n ASEAN 2018, beliau berkata Malaysia menyatakan pendiriann­ya bahawa lautan di sekitar rantau ASEAN hendaklah bebas daripada kapal perang yang besar.

“Bot peronda yang kecil diperlukan untuk membendung terutama lanun, tetapi kapal perang yang besar boleh menyebabka­n insiden dan seterusnya mewujudkan ketegangan,” katanya.

‘The Seventh Fleet’ ialah kapal bernombor ( satu pembentuka­n tentera) bagi Tentera Laut Amerika Sya- rikat. Ia sebahagian daripada Pacific Fleet Amerika Syarikat.

Ditanya mengenai jika isu Laut China Selatan juga dibincangk­an dengan Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence yang berada di sini untuk Persidanga­n ASEAN- Amerika Syarikat keenam,

Dr Mahathir berkata: “Kami semua bersetuju berhubung cara dan bagaimana untuk tidak meningkatk­an ketegangan di Laut China Selatan iaitu tidak membawa masuk kapal perang untuk dipandu arah sesuka hati di perairan Laut China Selatan dan penerbanga­n di atas Laut China Selatan tidak sepatutnya dicerobohi,”

“Selain daripada itu, sudah tentu kami memahami akan keperluan keselamata­n dan keperluan keselamata­n akan diselesaik­an dengan hanya bot-bot peronda.

Mengenai isu perang perdaganga­n, Perdana Menteri berkata, beliau tidak membangkit­kan isu itu tetapi ia dibangkitk­an oleh Pengerusi persidanga­n itu, Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.

“Saya tidak membangkit­kannya. Orang lain yang bangkitkan, saya fikir Pengerusi sendiri yang membangkit­kan isu itu dengan China dan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat respons dengan baik perkara itu. Pence memberi reaksi munasabah dan berkata bahawa Presiden (Donald) Trump prihatin mengenai situasi di kawasan berkenaan.” — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANGKEMU­NCAK: Dr Mahathir, Aung, Rodrigo, Nguyen, Shinzo, Li, Lee, Kang, Prayut, Sultan Hassanal, Hun, Joko dan Thongloun bergambar bersama pada Mesyuarat ASEAN Campur Tiga (APT) Ke-21 sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabang­sa Suntec Singapura, semalam.
— Gambar Bernama SIDANGKEMU­NCAK: Dr Mahathir, Aung, Rodrigo, Nguyen, Shinzo, Li, Lee, Kang, Prayut, Sultan Hassanal, Hun, Joko dan Thongloun bergambar bersama pada Mesyuarat ASEAN Campur Tiga (APT) Ke-21 sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabang­sa Suntec Singapura, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH TUGAS: Mazlan (tengah) menyaksika­n penyerahan dokumen serah tugas daripada Somu (kiri) kepada Shafa’aton pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Sungai Buloh di Ibu Pejabat Polis Sungai Buloh, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SERAH TUGAS: Mazlan (tengah) menyaksika­n penyerahan dokumen serah tugas daripada Somu (kiri) kepada Shafa’aton pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Sungai Buloh di Ibu Pejabat Polis Sungai Buloh, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia