Utusan Borneo (Sarawak)

Belum ada pihak tampil tuntut hak milik Equanimity: Hanipa

-

KUALA LUMPUR: Sehingga kini, tidak ada pihak yang tampil untuk mencabar perintah mahkamah Malaysia berkenaan hak untuk menjual kapal layar mewah ‘Equanimity’ yang dikaitkan dengan skandal 1MDB dan ahli perniagaan kontrovers­i Low Taek Jho.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin berkata Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low sepatutnya mencabar perintah mahkamah jika kapal itu adalah miliknya dan tidak boleh dijual.

“Saya hairan kalau mereka mempertika­ikan bahawa kapal ini milik seseorang, kalau Jho Low rasa kapal ini miliknya, sepatutnya mereka cabar di mahkamah,” katanya menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) yang mahu kepastian bahawa kapal itu adalah milik Jho Low pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Hanipa berkata memorandum maklumat berkenaan penjualan kapal mewah itu juga jelas menyatakan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang telah membantah tindakan jualan itu.

Beliau menjelaska­n, dengan perintah mahkamah itu, segala urusan pendaftara­n di Pulau Cayman di mana ‘Equanimity’ didaftarka­n telah tamat manakala pembida yang berjaya untuk membeli kapal itu nanti akan mendapat hak milik sah terhadapny­a.

‘Equanimity yang dilaporkan dibeli dengan dana 1MDB yang diseleweng­kan telah disita kerajaan Malaysia pada 7 Ogos lepas dan pada 19 Okt Mahkamah Tinggi mengisytih­arkan ia adalah milik kerajaan Malaysia dan 1MDB.

Mahkamah Admiralti pada 26 Okt meluluskan terma dan syarat bagi proses bidaan kapal itu dari 29 Okt hingga 28 November ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia