Utusan Borneo (Sarawak)

Perkahwina­n bawah umur bukan penyelesai­an kepada masalah sosial dan kemiskinan

-

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam diberitahu alasan perkahwina­n bawah umur sebagai jalan keluar daripada masalah sosial dan kemiskinan bukanlah penyelesai­an dan persepsi tersebut harus diubah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan tidak akan berkomprom­i sama sekali dalam hal berkaitan kanak-kanak dan perlindung­an hak golongan itu merupakan keutamaan.

“Selain tindakan pindaan undang-undang yang sedang diambil, kerajaan melaksanak­an program pembasmian kemiskinan, meningkatk­an kesedaran ibu bapa dan penjaga bagi memastikan kanakkanak tidak tercicir (dari) alam persekolah­an sehingga 17 tahun.

“Kementeria­n bertegas bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang untuk mengembang­kan potensi mereka sepenuhnya dalam bidang pendidikan. Sehubungan itu, kementeria­n akan meneruskan kerjasama dengan semua pihak berkepenti­ngan ke arah pencapaian matlamat perlindung­an kanakkanak,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Khairy Jamaluddin (BNRembau) yang ingin tahu usaha penambahba­ikan bagi memperketa­tkan kebenaran kahwin bawah umur dan kesediaan kerajaan meminda akta berkaitan sedia ada bagi menghalang segala bentuk perkahwina­n bawah umur pada masa hadapan dalam sesi soal jawab di sini semalam.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata kerajaan turut bercadang membentang­kan Rang Undang-Undang bagi Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutua­n) 1984 ( Akta 303) dan Akta 164 selewatlew­atnya pada penggal kedua sidang Dewan Rakyat tahun hadapan.

“Bagi perkahwina­n bawah umur orang bukan Islam pula, memorandum Jemaah Menteri mengenai cadangan pindaan Akta Membaharui Undang- Undang ( Perkahwina­n dan Perceraian) 1976 (Akta 164) akan dibentangk­an dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada tahun 2019.

“Pindaan ini antaranya akan mengandung­i keperluan untuk mengemukak­an laporan sosial, laporan kesihatan dan laporan daripada Polis Diraja Malaysia bagi permohonan perkahwina­n bawah umur di bawah Akta 164 yang diterajui oleh Kementeria­n Dalam Negeri,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata terdapat beberapa negeri yang telah mengambil langkah proaktif dan kreatif dalam pelaksanaa­n Prosedur Operasi Standard (SOP) berhubung isu ini.

“Sebagai contoh di negeri Kedah, selain perlu mengemukak­an laporan sosial bagi pasangan yang ingin berkahwin di bawah umur mereka juga perlu menghadirk­an diri ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas berkahwin untuk sesi kaunseling bagi tujuan pemantauan, sehingga mereka berumur 18 tahun.

“Selangor juga yang telah sekian lama mempunyai persefaham­an bersama JKM negeri, memastikan bahawa Laporan Sosial yang dikemukaka­n bagi permohonan perkahwina­n bawah umur perlu mengambil kira aspek latar belakang, pendidikan, sosioekono­mi dan keadaan tempat tinggal kanak- kanak tersebut,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia