Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain-pemain handalan bakal berentap pada Kejohanan Golf Amatur Terbuka Damai Masters 2018

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Ramai pemain golf handalan tempatan akan berentap di Kejohanan Golf Amatur Terbuka Damai Masters 2018 yang berlangsun­g di Damai Golf and Country Club (DGCC) bermula hari ini (16 November) hingga 18 November ini.

Ini dinyatakan oleh Pengurus Besar DGCC, Roslan Mohd Salleh mengenai sambutan hangat yang diterima untuk kejohanan yang julung kali diadakan di kelab itu.

“Kami menerima banyak penyertaan termasuk pemain-pemain muda dari skuad remaja negeri dan mereka yang bertanding pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 Perak lalu,” katanya di sini semalam.

Antara pemain bakal bertanding ialah pemain golf nombor satu Sarawak, Lee Ka Tung yang akan bersaing menentang adik-beradik beliau sendiri iaitu Lee Kah Ming dari Kelab Golf Sarawak (KGS) dan Lee Ka Tiong dari Kelab Golf Bintulu (KGB).

Kejohanan tiga hari itu disokong oleh Persatuan Golf Sarawak (SGA) dan dibuka kepada mereka yang memiliki handikap NHS/USGA Indeks 13.2 dan ke bawah.

Format kejohanan ialah ‘stroke play’ dan juara kes-

Kami menerima banyak penyertaan termasuk pemainpema­in muda dari skuad remaja negeri dan mereka yang bertanding pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20

lalu.” Perak Roslan Mohd Salleh Pengurus Besar DGCC

eluruhan after mendapat Piala Pusingan SEDC tajaan Perbadanan Ekonomi Negeri Sarawak (SEDC).

Menurut Roslan, Sibu dan Bintulu menghantar penyertaan terbesar seramai 11 pemain setiap bahagian terdiri pemain- pemain terhandal diikuti peserta dari Kelab Golf Sarawak (KGS), Kelab Golf Samarahan dan tuan rumah, DGCC.

“Kita juga menerima dua penyertaan dari Kelab Golf Tanah Merah, Singapura, seorang dari Persatuan Golf Malaysia (PGM) dan enam peserta dari Brunei Darussalam.

“Mereka mengetahui mengenai kejohanan ini melalui Kejohanan Golf Sarawak Asian Tour 2018 yang berlangsun­g di DGCC awal Julai lalu,” jelasnya.

Antara pemain remaja Sarawak yang turut bertanding ialah Steven Hii, Aziel Teo, Malcolm Tiong, Matthew Ong, Elden Sim Zhen, Benjamin Ethan Ngelingkon­g dan pemain paling muda, Mohd Hadif Fathely ( 13 tahun).

Baru-baru ini berlangsun­g majlis penyerahan piala pusingan kejohanan disempurna­kan oleh Timbalan Pengurus Besar SEDC Sarawak, Edwin Abit dan Roslan Mohd Salleh mewakili DGCC.

Walaupun musim hujan sudah tiba namun keadaan padang di DGCC masih tetap sempurna dan peserta dijangka menikmati cuaca baik sepanjang kejohanan itu.

 ??  ?? BURU TEMPAT TERBAIK: Barisan pemain SK Tabuan Hilir, guru pengiring dan Abdul Rahman (duduk tengah) bakal bersaing pada kejohanan kriket kebangsaan.
BURU TEMPAT TERBAIK: Barisan pemain SK Tabuan Hilir, guru pengiring dan Abdul Rahman (duduk tengah) bakal bersaing pada kejohanan kriket kebangsaan.
 ??  ?? JADI REBUTAN: Edwin (kiri) menyerahka­n piala pusingan kepada Roslan pada satu majlis ringkas.
JADI REBUTAN: Edwin (kiri) menyerahka­n piala pusingan kepada Roslan pada satu majlis ringkas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia