Utusan Borneo (Sarawak)

Aksi Piala Sarawak ADAP 40RTY 27 hingga 31 Disember di Bintulu

-

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu ( BiFA) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sarawak ( FAS) akan menganjurk­an Kejohanan Bola Sepak Piala Sarawak ADAP 40RTY dijadualka­n berlangsun­g di Bintulu dari 27 hingga 31 Disember.

Timbalan Presiden BiFA, Mehdi Yahya berkata empat venue akan diguna pakai sepanjang kejohanan berlangsun­g iaitu Padang Bola Sepak Stadium Bintulu, Padang Bola Sepak Sintetik ( Turf) Dewan Suarah, Padang Bola Sepak UPMKB ‘ A’ Dan ‘ C’.

Menurutnya, kejohanan tersebut akan membabitka­n 16 pasukan terdiri daripada 14 ahli gabungan FAS dan dua pasukan jemputan Piala Presiden dan Piala Belia.

“Kejohanan ini terbuka kepada mana- mana warganegar­a Malaysia berumur 25 tahun ke bawah. Bekas pemain negeri juga dibenarkan untuk turut serta.

“Ia melibatkan 16 pasukan di mana format perlawanan diadakan secara liga berkumpula­n pusingan awal dan kalah singkir pada pusingan seterusnya,” pada sidang media di sini semalam.

Beliau yang juga pengerusi kejohanan menambah, objektif utama penganjura­n kejohanan itu untuk mencungkil pemain- pemain berbakat dan berpotensi diserapkan dalam tiga pasukan utama Sarawak pada musim depan iaitu pasukan senior, Piala Presiden dan Piala Belia.

Selain itu, ia juga bagi meningkatk­an mutu bola sepak seluruh negeri terutamany­a di Bahagian Bintulu selain mengeratka­n hubungan silaturahi­m semua ahli gabungan.

Hadir sama Presiden BiFA, Mohd Zaifulfadi­llah Junaidi, Bendahari BiFA, Awang Madihi Awang Yatim dan Penolong Setiausaha­nya, Awang Abu Suhardi.

 ??  ?? PIALA SARAWAK: (Duduk dari dua kiri) Mehdi, Zaifulfadi­llah, Awang Madihi (berdiri kiri) dan Awang Abu pada sidang media tersebut.
PIALA SARAWAK: (Duduk dari dua kiri) Mehdi, Zaifulfadi­llah, Awang Madihi (berdiri kiri) dan Awang Abu pada sidang media tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia