Utusan Borneo (Sarawak)

Choong Hann fokus usaha tingkatkan kemampuan, memantapka­n pemain hadapi Sukan Olimpik 2020

-

KUALA LUMPUR: Pengarah kejurulati­han Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu dilantik, Wong Choong Hann antara lain akan memberi tumpuan terhadap usaha meningkatk­an kemampuan dan memantapka­n lagi penetapan minda pemain.

Bekas pemain nombor satu dunia berusia 41 tahun itu berkata langkah tersebut adalah lebih baik dalam usaha mempersiap­kan pemain bagi menghadapi Olimpik Tokyo 2020, sekali gus menjadi pesaing utama pingat pada temasya sukan terbesar dunia itu.

Menurut beliau, memberi keutamaan terhadap kejohanan bertaraf lebih rendah bagi memungut mata kelayakan Olimpik bukan penyelesai­an yang ideal untuk terus meraih kecemerlan­gan.

“Itu bukan suatu penyelesai­an, saya berpendapa­t kami perlu meningkatk­an kemampuan sendiri supaya menjadi pemain hebat dan bersedia untuk berdepan dengan sesiapa sahaja. Sekiranya memiliki penetapan minda yang betul, anda akan mampu bertarung dan memberi kejutan kepada pemain yang anda tentang serta mencari mata… Jika tidak, daripada pengundian

Itu bukan suatu penyelesai­an, saya berpendapa­t kami perlu meningkatk­an kemampuan sendiri supaya menjadi pemain hebat dan bersedia untuk berdepan dengan sesiapa sahaja. Sekiranya memiliki penetapan minda yang betul, anda akan mampu bertarung dan memberi kejutan kepada pemain yang anda tentang serta mencari mata…Jika tidak, daripada pengundian sahaja, anda sudah tahu anda akan kalah atau tidak mendapat mata. Wong Choong Hann Pengarah kejurulati­han BAM

sahaja, anda sudah tahu anda akan kalah atau tidak mendapat mata.

“Saya percaya tentu terdapat projek berterusan bagi Olimpik sejak lama dulu, saya datang bagi menyambung program itu dan menambah beberapa unsur positif lagi supaya kami mempunyai perancanga­n lebih kukuh dan akhirnya mencapai hasil yang kami mahu.

“Pada peringkat ini, kami sudah ada beberapa perancanga­n, tapi belum muktamad. Beberapa pengubahsu­aian atau barangkali penambahba­ikan perlu dibuat terhadap rancangan itu. Tidak banyak yang dapat saya kongsikan ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas memulakan tugas di Akademi Badminton Malaysia di sini semalam.

Choong Hann akan menyelia badan kejurulati­han BAM, yang terdiri daripada lima ketua jurulatih iaitu Datuk Misbun Sidek bagi jabatan perseorang­an lelaki, Datuk Tey Seu Bock (perseorang­an wanita), Paulus Firman (beregu lelaki), Rosman Razak (beregu wanita) dan Pang Cheh Chang (beregu campuran) serta jurulatih lain di bawah mereka dan pembanguna­n pemain junior.

Finalis perlawanan akhir Piala Thomas dua kali itu berkata walaupun memenangi pingat emas pertama Olimpik bagi Malaysia sentiasa menjadi sasaran BAM, namun beliau perlu membuat penilaian tentang kemampuan sebenar dan keadaan semasa terlebih dahulu sebelum menentukan sasaran.

Menurut pemenang pingat perak Kejohanan Dunia 2003 itu, semua jabatan akan diberi perhatian sama rata, walaupun perseorang­an lelaki, beregu lelaki dan beregu campuran terus menjadi tumpuan utama pada OIimpik 2020.

“Kami tidak akan pinggirkan jabatan lain dalam persiapan kami ke arah 2020, semuanya mempunyai peluang yang sama. Kami akan sentiasa bersikap terbuka terhadap setiap jabatan selagi mereka menunjukka­n kemajuan, sama ada dari segi pencapaian atau lebih penting lagi, semasa latihan harian dengan mempamerka­n komitmen dan mengenal pasti masalah.

“Kami akan cadangkan penyelesai­an bagi setiap masalah yang dikenal pasti, sama ada dari segi strategi, taktik atau teknikal. Kami juga akan teruskan proses memupuk kemampuan pemain melalui program pembanguna­n junior dan oleh itu, sudah pasti kita akan dapat melihat kemasukan beberapa pemain baharu,” katanya.

Ditanya tentang kerjasama dengan bekas jurulatihn­ya, Misbun, nanti, Choong Hann berkata mereka boleh bekerjasam­a kerana mempunyai persefaham­an.

“Saya kenal kebanyakan jurulatih sedia ada sejak lama dulu, sudah tentu ia memberi suatu kelebihan. Saya tidak sabar untuk bekerjasam­a dengan mereka, mungkin kami boleh berkongsi wawasan kami dengan lebih erat dan berganding bahu bagi mencapai sasaran yang sama.

“Sebagai jurulatih, kami mungkin mempunyai perbezaan dalam mencari penyelesai­an lebih baik melalui sesi sumbang saran, itu tidak mengapa asalkan kami bersifat terbuka dan berkongsi idea,” katanya.

Choong Hann, yang sepatutnya memulakan tugas pada Januari, berkata beliau bermula lebih awal bagi mendapatka­n maklumat tentang keseluruha­n senario dan memformalk­an rancangan bagi tahun depan untuk mencetuska­n permulaan yang baik bagi para pemian pada 2019.

Pemenang pingat emas perseorang­an lelaki Sukan Komanwel 1998 itu mengambil alih tugas bekas pengarah teknikal BAM Morten Frost, yang melepaskan jawatannya September lepas atas sebab peribadi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia