Utusan Borneo (Sarawak)

Choong Hann mulakan tugas di BAM

-

KUALA LUMPUR: Bekas pemain perseorang­an lelaki nombor satu dunia, Wong Choong Hann memulakan tugasnya sebagai Pengarah Kejurulati­han Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam.

Bekas pemenang pingat perak Kejohanan Dunia itu hadir melapor diri di Akademi Badminton Malaysia di sini jam 9 pagi.

Beliau terlebih dahulu bertemu ketua jurulatih perseorang­an lelaki, Datuk Misbun Sidek dan perseorang­an wanita, Tey Seu Bock di trek Arena Universiti Malaya seawal 6 pagi.

Selain Misbun dan Tey, beliau turut memantau ketua jurulatih beregu lelaki Paulus Firman, Rosman Razak (beregu wanita) dan Pang Cheh Chang (beregu campuran) serta jurulatih di bawah mereka.

Bekas pemain, kini berusia 41 tahun itu dilantik menggalas tanggungja­wab yang ditinggalk­an oleh bekas Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost yang meletak jawatan itu pada September tahun lepas.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria ketika mengumumka­n pelantikan Choong Hann selepas mem- pengerusik­an mesyuarat agung luar biasa (EGM) BAM pada 20 Okt berkata, antara tugas utama beliau adalah untuk menyediaka­n pasukan Kebangsaan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Antara kejayaan Choong Hann semasa bergelar pemain adalah pingat perak Kejohanan Dunia 2003 di Birmingham, England; dua kali membantu skuad negara layak ke akhir Piala Thomas (1998 dan 2002) serta pernah menjadi pemain nombor satu dunia pada Ogos 2002 dalam ranking Persekutua­n Badminton Dunia (BWF). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia