Utusan Borneo (Sarawak)

Sukan tiada dalam senarai Olimpik tidak dipinggirk­an

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Belia dan Sukan memberi jaminan sukan tidak termasuk dalam senarai Sukan Olimpik tidak akan dipinggirk­an menerusi Belanjawan 2019 yang diumumkan kerajaan, baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan sukan seperti skuasy dan tenpin boling tetap akan diberikan perhatian oleh pihaknya walaupun sukan berkenaan tidak disenaraik­an pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Seperti saya tekankan dalam ucapan saya tadi, sukan yang tidak berada dalam senarai Olimpik tidak akan dianaktiri­kan dan kita tetap akan bergerak ke hadapan bersama,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan majlis penutup Bengkel Penetapan Program Latihan 2019, di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Syed Saddiq mencadangk­an satu pengaudita­n khas bagi memastikan peruntukan RM100 juta yang diberikan kepada sukan negara digunakan sebaiknya oleh pihak terlibat.

“Kita tidak boleh ambil sambil lewa selepas menerima teguran daripada Kementeria­n Kewangan ( sebelum ini), dan kita perlu lebih fokus supaya tidak berlaku pembaziran,” jelasnya.

Terdahulu dalam ucapan penutupann­ya, Syed Saddiq mengingatk­an wakil persatuan sukan kebangsaan untuk terus memantau prestasi atlet di bawah seliaan masing-mas- ing bagi memastikan mereka mencapai petunjuk prestasi utama yang ditetapkan.

“Melalui bengkel ini semua keperluan latihan akan diambil kira. Pihak persatuan perlu menetapkan keperluan sebelum Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) membuat anggaran peruntukan yang bakal disalurkan kepada pihak persatuan sukan kebangsaan,” katanya.

Bengkel berkenaan yang berlangsun­g sejak semalam dihadiri wakil daripada 26 persatuan sukan kebangsaan, selain wakil MSN, ISN dan Majlis Olimpik Malaysia bertujuan memastikan program latihan atlet yang dirancang pada 2019 dapat dilaksanak­an secara tersusun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERBINCANG: Syed Saddiq (tengah) bersama Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail (kiri) mendengar sesuatu yang diperkatak­an oleh Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria pada majlis penutup Bengkel Penetapan Program Latihan 2019 di Majlis Sukan Negara di Kuala Lumpur kelmarin.
— Gambar Bernama BERBINCANG: Syed Saddiq (tengah) bersama Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail (kiri) mendengar sesuatu yang diperkatak­an oleh Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria pada majlis penutup Bengkel Penetapan Program Latihan 2019 di Majlis Sukan Negara di Kuala Lumpur kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia