Utusan Borneo (Sarawak)

Uruguay rancang catat kemenangan yang hebat ke atas Brazil: Torreira

-

LONDON: Pemain tengah Uruguay Lucas Torreira telah memberi amaran kepada Brazil bahawa pasukannya merancang untuk meneruskan kempen mereka yang meyakinkan di Piala Dunia dengan mencatatka­n kemenangan yang hebat ke atas musuh mereka di Amerika Selatan itu pada hari ini (Jumaat).

Brazil tidak tewas dalam sembilan pertemuan terakhir mereka dengan Uruguay, yang belum lagi menewaskan juara dunia sebanyak lima kali itu sejak 2001.

Uruguay, yang dinobatkan sebagai juara dunia sebanyak dua kali, memiliki sejarah sebagai negara yang memberikan beberapa pemain terbaik dalam sukan bola sepak, tetapi kekurangan kejayaan mereka ketika menentang pasukan Selecao menjadi punca kehampaan.

Peluang untuk mengecewak­an pasukan lawan yang masyhur itu di Stadium Emirates milik Arsenal memastikan Torreira dan rakan sepasukan melayan perlawanan itu sebagai lebih daripada sekadar perlawanan persahabat­an.

Ia terutamany­a bermakna bagi bintang Arsenal, Torreira, yang telah memberi gambaran yang positif kepada kelabnya dalam Liga Perdana Inggeris sejak dia tiba dari Sampdoria pada musim percutian yang lepas.

“Ia pasti perlawanan yang hebat sekali. Ia adalah perlawanan persahabat­an tetapi ia tetap perlawanan yang begitu penting,” kata Torreira.

“Kami mahu keputusan memihak kepada kami tetapi perkara penting ialah pasukan kami kelihatan bagus dan kami rasa sentiasa berkembang.

“Kami perlu memelihara ketenangan kami sebagai produk bimbangan dan menunjukka­n perkembang­an pasukan mereka. Dan pada waktu ini, perlawanan dengan Brazil seharusnya hebat.”

Uruguay dijangka akan menaruh harapan ke atas barisan serangan mereka yang terdiri daripada Edinson Cavani dari Paris Saint Germain dan Luis Suarez dari Barcelona untuk perlawanan yang dipenuhi bintang termasuk penyerang Brazil, Neymar.

Pengurus Brazil Tite terpaksa membuat beberapa perubahan lewat setelah pemain Barcelona, Philippe Coutinho, dan dua pemain Real Madrid, Marcelo dan Casemiro, menarik diri akibat kecederaan.

Tite memanggil pemain tengah Barcelona, Rafinha Alcantara, untuk menggantik­an Casemiro.

Dia juga menambah pemain tengah kelab Beijing Guoan, Renato Augusto, dan pemain pertahanan Juventus, Alex Sandro.

Brazil, yang sedang bersiap sedia untuk menganjurk­an Copa America pad tahun depan, akan menentang Uruguay sebelum mereka berentap dengan Cameroon di Milton Keynes empat hari kemudian.

Ia adalah dua perlawanan terakhir mereka pada tahun ini, selepas mencatatka­n empat kemenangan persahabat­an berturut-turut sejak mereka tersingkir dari Piala Dunia pada peringkat suku akhir setelah ditewaskan 2-1 oleh Belgium.

Uruguay turut mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia, tetapi tewas kepda juara selanjutny­a Perancis dan Torreira yakin pasukan Oscar Tabarez menuju ke arah yang betul dalam matlamat mereka memenangi Copa America.

“Kami disingkirk­an oleh juara Piala Dunia dan pasukan yang sangat bagus tetapi ia adalah Piala Dunia dengan banyak pasukan yang sama tanpa banyak perbezaan di antara mereka,” katanya.

“Pada akhirnya saya agak saya akan berpuas hati dan pasrah dengan pencapaian Uruguay dan para pemain kerana kami mara ke peringkat suku akhir tetapi tewas kepada juara.”

Stail bentesan keras Torreira menjadikan­nya pemain penting dalam kebangkita­n Arsenal kebelakang­an ini dan dia pasti penting bagi Uruguay jika mereka mahu menundukka­n Brazil.

“Mereka telah menjumpai generasi pemain Brazil yang hebat dan muda sekarang, kebanyakan­nya bermain dalam Liga Perdana,” katanya.

“Mereka tidak cemerlang di Piala Dunia tetapi ia adalah pasukan yang sentiasa seronok untuk dilihat dengan pemain yang tahu bagaimana untuk bermain bola sepak dengan hebat.

“Saya belum lagi berdepan dengan Neymar tetapi dia ternyata seorang pemain yang hebat dan seronok untuk dilihat dan setiap kali dia membawa bola, kita rasa dia akan melakukan sesuatu yang hebat sekali.”

Brazil menentang Uruguay dalam perlawanan persahabat­an antarabang­sa di Stadium Emirates, London pda hari ini. Tiket dijual dalam laman sesawang Arsenal. — AFP

 ??  ?? TORREIRA
TORREIRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia