Utusan Borneo (Sarawak)

BRUSSELS, BELGIUM: Menteri Industri Utama, Teresa Kok mengetuai Misi Ekonomi dan Promosi Sawit ke Switzerlan­d, Sepanyol dan Belgium dari 28 September hingga 6 Oktober 2018.

-

Semasa di Brussels, delegasi Malaysia mengadakan mesyuarat dua hala dengan wakil-wakil Kesatuan Eropah (EU) termasuk Suruhanjay­a Eropah dan Majlis Kesatuan Eropah yang merupakan institusi EU yang terlibat dalam pembuatan dasar dan perundanga­n EU.

Misi bertujuan memberi penerangan mengenai pembanguna­n mampan industri sawit negara serta menekankan usaha yang dilaksanak­an Malaysia dalam memulihara alam sekitar termasuk hutan hujan tropika dan biodiversi­ti.

Skim Pensijlian Mnyak Sawit Mampan Malaaysia ( MSPO) yang dilaksanak­an secara mandatori juga diberi fokus sebagai salah satu langkah industri sawit negara dalam mencapai pembanguna­n mampan.

Misi turut disertai Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB), Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Datuk Dr. Kalyana Sundram, Setiausaha Bahagian Kemajuan Industri Sawit dan Sagu, Kementeria­n Industri Utama (MPI), Dr. Sugumari Shanmugam dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) Dr. Sanath Kumaran.

D e l e g a s i M a l a y s i a mengadakan pertemuan dua hala dengan Karmenu Vella, Pesuruhjay­a Alam Sekitar, Maritim dan Perikanan, Kesatuan Eropah.

Teresa mengambil peluang tersebut untuk menekankan pembanguna­n mampan industri sawit Malaysia yang mesra alam serta kepentinga­nnya dalam pembanguna­n sosio-ekonomi negara.

Pendekatan yang diambil oleh industri sawit negara untuk meningkatk­an produktivi­ti tanaman sawit tanpa perlu membuka kawasan baharu memandangk­an kekangan tanah yang sesuai untuk tanaman sawit juga dibincangk­an.

Semua penggiat industri sawit termasuk lebih 650,000 pekebun kecil sawit akan mematuhi piawaian kemampanan seperti yang digariskan dalam MSPO menjelang 31 Disember 2019 juga ditekankan berulang kali.

Karmenu mengakui kepentinga­n industri sawit dan menghargai komitmen Malaysia dalam pembanguna­n industri sawit yang mampan serta usaha mengekalka­n sekurang- kurangnya 50% kawasan di bawah litupan hutan.

Pihak Suruhanjay­a Eropah bersedia bekerjasam­a dan memberi sokongan kepada pengeluar minyak sawit dalam usaha mengurangk­an penyahhuta­nan hutan hujan tropika.

Di samping itu, bidang baharu untuk kerjasama dua hala juga diterokai termasuk pemindahan teknologi terkini dalam penguranga­n sisa dan pengitaran semula.

Teresa turut mengadakan mesyuarat dengan Ketua Pengarah, Alam Sekitar, Pendidikan, Pengangkut­an dan Tenaga, Majlis Kesatuan Eropah, Dr. Pietras Jaroslaw.

Majlis Kesatuan Eropah terdiri daripada 28 negara anggota EU dan merupakan satu daripada tiga institusi penggubala­n undang-undang di EU.

Institusi penggubala­n undang-undang di EU adalah rumit memandangk­an 28 negara anggota dalam Majlis Kesatuan Eropah mempunyai kepentinga­n masing-masing menyebabka­n tiada hala tuju yang jelas.

Namun demikian, isu berkaitan perubahan iklim dan pemanasan global merupakan isu yang mendapat persetujua­n sebulat suara negara anggota dan bio bahan api yang dikaitkan sebagai penyebab utama penyahhuta­nan adalah isu penting di EU.

Keputusan akhir rundingan tiga hala (trialogue) yang dicapai di antara Parlimen Eropah, Majlis Kesatuan Eropah dan Suruhanjay­a Eropah pada bulan Jun 2018 telah berpihak kepada industri sawit dan membolehka­n bio bahan api berasaskan sawit terus digunakan untuk pengiraan ke arah sasaran tenaga boleh diperbahar­ui sehingga 2030 seperti biobahan api berasaskan minyak sayuran yang lain. Kemasukan bio bahan api berasaskan minyak sawit ke EU tidak akan terjejas buat masa ini.

Dr. Pietras berkongsi kebimbanga­n Malaysia dan mencadangk­an supaya Malaysia meneruskan usaha untuk menyebar fakta-fakta yang tepat dan maklumat terkini mengenai usaha negara dalam menangani isu penyahutan­an serta memastikan kemampanan industri sawit bagi meningkatk­an lagi keyakinan kepada para penggubal dasar di EU. Ini berikutan banyak kempen anti minyak sawit yang dilancarka­n oleh organisasi bukan kerajaan ( NonGovernm­ental Organisati­ons – NGOs) di rantau Eropah yang mengeliruk­an para pengguna. Di samping itu, Malaysia juga digesa menggunaka­n sepenuhnya platform yang ada untuk membangkit­kan isu industri sawit. Pihak Majlis Kesatuan Eropah juga sedia mengadakan dialog membina dengan Malaysia dalam menghadapi cabaran ini.

Delegasi Malaysia juga mengadakan mesyuarat dua hala dengan European External Action Service ( EEAS) yang diketuai oleh Gunnar Wiegand, Pengarah Urusan Asia dan Pasifik. YB Menteri membangkit­kan isu indirect land use change (ILUC) yang akan menyekat perdaganga­n minyak sawit sebagai bio bahan api secara berperingk­at.

EEAS menekankan tiada keputusan untuk menyekat perdaganga­n bio bahan api berasaskan minyak sawit di EU tetapi ini bergantung kepada sejauh manakah penggunaan­nya boleh diambil kira untuk sasaran tenaga boleh diperbahar­ui EU.

Malaysia juga dimaklumka­n bahawa satu jawatankua­sa sedang ditubuhkan untuk merangka kriteria ILUC di bawah Renewable Energy Directive (RED) dan Malaysia turut dijemput mencalonka­n pakar dalam bidang tersebut.

Secara keseluruha­n, misi ini membuktika­n kesungguha­n Malaysia memastikan produk sawit dihasilkan secara mampan untuk pasaran global termasuk EU. Pembanguna­n mampan merupakan agenda penting Kerajaan Malaysia baharu dan merupakan usaha yang berterusan.

 ??  ?? MESYUARAT dua hala delegasi Malaysia diketuai oleh Teresa Kok dengan Majlis Kesatuan Eropah.
MESYUARAT dua hala delegasi Malaysia diketuai oleh Teresa Kok dengan Majlis Kesatuan Eropah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia