Utusan Borneo (Sarawak)

SMSU komited sampaikan khidmat berkualiti kepada orang awam

-

SARAWAK Medical Services Union (SMSU) komited memberi tumpuan kepada penyampaia­n perkhidmat­an yang berkualiti kepada orang awam yang mendapat perkhidmat­an di fasiliti kesihatan di Sarawak.

Timbalan Presiden SMSU Omar Bahrein Unin menyeru semua anggota perkhidmat­an kesihatan terutama ahli-ahli kesatuan (SMSU) agar sentiasa fokus kepada tugas-tugas yang telah diamanahka­n kepada mereka dalam menyampaik­an perkhidmat­an kepada rakyat.

“Kita sedar akan keperluan orang ramai dalam memerlu dan mengingink­an perkhidmat­an perubatan yang terbaik dan sebagai pihak yang bertanggun­gjawab memberi penyampaia­n berkesan.

“Sebagai anggota yang memberi perkhidmat­an kesihatan kepada rakyat komitmen yang bersungguh-sungguh adalah amat diperlukan untuk dilaksana dengan penuh efisien, tekun dan amanah demi kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Tambahnya, SMSU amat memahami tugasan setiap anggotanya yang disifatkan begitu mencabar dalam menyediaka­n tuntutan rakyat agar mendapat perkhidmat­an yang terbaik sebagaiman­a diharapkan rakyat.

“Kita sentiasa menggalakk­an setiap anggota kesatuan agar mengamalka­n sikap bertanggun­gjawab dalam tugasan seharian dan melaksanak­an tugasan dengan tekun, rajin, berintegri­ti dan amanah untuk mencapai kualiti perkhidmat­an yang dihasratka­n kerajaan dan rakyat,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu penganjura­n program Seminar ‘Ke Arah Perkhidmat­an Awam yang Berkualiti’ yang dilangsung­kan di Hospital Sibu pada 10 November yang lalu dan dihadiri oleh seramai 120 orang peserta dari kalangan ahli kesatuan dan anggota hospital Sibu.

Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung.

Hadir sama penceramah jemputan iaitu Setiausaha Agung CUEPACS Malaysia Adnan Mat dan Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia(MTUC) Sarawak Ibrahim Hamid.

Dalam pada itu, SMSU bercadang untuk mengadakan program yang sama di semua cawangan lain di Sarawak iaitu Kuching, Sri Aman, Sarikei, Limbang, Miri, Samarahan, Sentosa, Bintulu dan Serian. PASUKAN Device Hybrid terdiri daripada Bomba Zon 6 Miri dan Miri Amateur Radio Club (MARC) dengan projek bertajuk ‘Sistem Pengurusan Mencari dan Menyelamat Versi 2’ menjuarai Anugerah Inovasi Menteri (AIM) 2018 anjuran Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2018 yang berlangsun­g di Putra Jaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mereka menerima trofi, sijil penyertaan dan wang tunai RM5,000.

Pasukan ini turut menjuarai Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan menerima RM3,000 wang tunai dan sijil.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Enam Miri Penguasa Kanan Bomba 1 Law Poh Kiong berkata, pasukan tersebut ditubuhkan sejak dua tahun dan dalam tempoh itu menyertai lapan kali pertanding­an sebelum muncul juara pada tahun ini.

Beliau memuji semangat tidak putus asa dan kerjasama yang ditunjukka­n pasukan Device Hybrid untuk mencipta sistem yang dapat digunakan membantu operasi menyelamat dan mencari (SAR) termasuk membantu operasi bomba.

“Peranti versi dua ini menggunaka­n komunikasi dan sistem komputer berkompute­r yang padat bagi memudahkan operasi SAR di kawasan pedalaman,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi MARC Lo Kiun Sin berkata, sistem itu dapat menghantar relay (geganti) walaupun di kawasan jauh terpencil tanpa liputan telekomuni­kasi.

Beliau menambah, berbanding sistem komunikasi yang lain, penggunaka­n perantian hibrid ini lebih mudah dan boleh dipercayai.

Kategori AIM kali ini menyaksika­n penyertaan oleh 49 pasukan seluruh negara manakala KIK sebanyak 14 pasukan termasuk lapan pasukan Bomba dio seluruh negara.

Anugerah dan hadiah disampaika­n Ketua Setiausaha Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Mohammad Mentek.

 ??  ??
 ??  ?? MENARIK: Law (kiri) memberi taklimat kepada Mohammad yang melawat gerai pameran pasukan Devices Hybrid.
MENARIK: Law (kiri) memberi taklimat kepada Mohammad yang melawat gerai pameran pasukan Devices Hybrid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia