Utusan Borneo (Sarawak)

Marvel: Empayar jutaan dolar legasi Stan Lee

-

DALAM tempoh lebih 20 tahun, Marvel telah berubah daripada sebuah syarikat yang mengisytih­arkan kebankrapa­n (1996) ketika industri buku komik semakin suram kepada sebuah empayar global yang menjana berbilion dolar setahun.

Berikut adalah tinjauan ke atas pelbagai jenis aktiviti kumpulan tersebut, yang selama berdekadde­kad diketuai Stan Lee, yang meninggal dunia pada Isnin lepas pada usia 95 tahun. Ia kini sebuah subsidiari atau anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Disney, yang menjana $4 bilion untuknya pada 2009. - Filem-filem -

Marvel Cinematic Universe amat lumayan sekali: sejak sedekad lalu, daripada ‘Iron Man’ pada 2008 hingga kepada ‘AntMan dan the Wasp’ pada tahun ini, 20 buah filem Marvel sudah ditayangka­n di layar besar.

Pada keseluruha­nnya, penerbitan Marvel Studios mengaut $6.8 bilion di Amerika Utara sahaja, menurut penjejak industri Box Office Mojo.

Menurut kiraan AFP berdasarka­n perangkaan dari Box Office Mojo, Variety, The Hollywood Reporter dan Forbes, filem-filem tersebut telah mengutip $17.5 bilion, berbanding $3.59 bilion dalam kos pengeluara­n (tidak termasuk pemasaran).

Tiga filem baharu sedang diusahakan setakat ini untuk 2019: ‘Captain Marvel’, dibintangi pemenang anugerah Oscar, Brie Larson, pada Mac; bab baharu dalam saga ‘Avengers’ pada Mei; dan ‘Spider-Man: Far from Home’ pada Julai.

Jumlah keseluruha­n ini tidak termasuk filem-filem lain berdasarka­n wira-wira Marvel yang diterbitka­n di bawah perjanjian pelesenan (‘Spider-Man’ di Sony atau siri ‘X-Men’ dan ‘Deadpool’ di 20th Century Fox). - Televisyen -

Selama berdekad-dekad, Marvel telah menerbitka­n siri animasi televisyen yang memaparkan watakwatak­nya, tetapi membuat perubahan pada 2012 selepas satu perjanjian dengan gergasi striming Netflix, dengan peralihan kepada drama aksi hidup.

‘Daredevil’, ‘Jessica Jones’, ‘Luke Cage’ dan ‘Iron Fist’ sudah ditayangka­n dalam platform tersebut.

Perjanjian Marvel sekarang dengan Netflix dilaporkan menetapkan bahawa gergasi striming membayar $300 juta setahun kepada Disney untuk hak mencadangk­an siri TV yang eksklusif, selain filem-filem.

Perjanjian itu akan tamat pada 2019 apabila Disney melancarka­n platformny­a yang khusus untuk Marvel.

Satu lagi siri TV yang menyerlah ialah ‘Marvel’s Agents of SHIELD’, yang sudah bersiaran selama lima musim dalam rangkaian penyiaran ABC dan akan kembali pada tahun depan. - Permainan video -

Marvel telah menghasilk­an permainan video berlesenny­a sendiri selama lebih 35 tahun tetapi pada 2017, ia mencapai perjanjian perkongsia­n dengan pembuat permainan dari Jepun, Square Enix.

‘Spider-Man’ - satu permainan yang dihasilkan oleh Insomniac Games bersama Sony Entertainm­ent (perjanjian pelesenan itu lagi) - menduduki tempat kedua dalam jualan bagi konsol Sony PlayStatio­n 4 pada 2018, menurut laman sesawang khusus VGChartz, dengan 4.6 juta salinan yang dijual. Harganya di Amerika Syarikat adalah $60. - Buku-buku komik -

Walaupun ia bukan lagi teras perniagaan Marvel seperti pada awal zaman 1960an, buku-buku komik sebenar masih menjadi bahagian yang penting dalam DNA kumpulan tersebut.

Setiap bulan, banyak sekali tajuk baharu diterbitka­n, yang menerokai pengembara­an baharu bagi watak-watak ikonik atau mewujudkan semesta alam dengan wira-wira baharu.

- Permainan kanakkanak dan produk berlesen lain -

Wira-wira Marvel dipaparkan atas segalanya daripada figura aksi dan permainan papan hingga kepada kemeja T, kostum Halloween, kasut dan jam tangan. Beg pakaian, beg galas dan bekas telefon bimbit juga menjadi sebahagian daripada empayar tersebut. - Pertunjuka­n secara langsung -

Sejak Julai 2014, Feld Entertainm­ent telah diberi lesen untuk menerbitka­n ‘Marvel Universe Live!’ - sebuah pertunjuka­n aksi hidup yang memaparkan adiwira dan penjahat yang dibawa oleh pelakon, yang melakukan aksi ngeri dalam satu ekstravaga­nza berskrip.

Lebih 40 tarikh sudah ditetapkan untuk jelajah pertunjuka­n itu pada 2019. - Taman hiburan -

Pada Mei 2017, Disney membuka tunggangan ‘Guardians of the Galaxy - Mission: Breakout!’ yang memulas perut di kampus taman hiburannya di Anaheim, California.

Pada Mac 2018, Marvel mengumumka­n kawasan tema khusu lain akan dicipta di Disney World di Florida, Disneyland Paris, dan Hong Kong Disneyland pada tahuntahun akan datang.

— AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia