Utusan Borneo (Sarawak)

Australia terima ancaman serangan baharu Amaran dibuat beberapa kumpulan pro-IS berikutan keganasan di Melbourne pada Jumaat lepas

-

SYDNEY: Beberapa kumpulan yang bekerjasam­a rapat dengan militan Negara Islam (IS) telah memberi amaran bagi serangan selanjutny­a terhadap Australia dan negara Barat lain dalam poster dalam talian menampilka­n amukan penyerang bersenjata­kan pisau di Melbourne pada minggu lepas.

“Australia, jangan fikir kami telah jauh dari serangan kami,” menurut satu poster, yang menunjukka­n sekeping gambar sebuah kenderaan yang dibakar oleh penyerang di Melbourne pada Jumaat lepas.

Kumpulan Perisikan SITE yang mengawasi ancaman pejuang jihad menyatakan grafik telah dikemukaka­n kelmarin oleh Sunni Shield Media Foundation, yang bekerjasam­a rapat dengan IS.

Satu lagi grafik yang dihantar dalam talian dan dihantar ke SITE menunjukka­n satu imej yang diperolehi dari media sosial menunjukka­n penyerang Melbourne, Hassan Khalid Shire Ali, cuba untuk menikam seorang anggota polis sebelum dia ditembak mati.

Satu teks di bawah gambar menunjukka­n: “Melbourne hari ini – Apakah bandar lain esok??”

Polis Australia menggambar­kan serangan sebagai “keganasan” dan berkata Shire Ali berusia 30 tahun dan dilahirkan di Somalia telah mendapat inspirasi dari IS, namun bertindak bersendiri­an serta tidak mempunyai sebarang hubungan yang diketahui dengan kumpulan tersebut.

Pada hari serangan, IS menyatakan melalui bahagian propaganda­nya bahawa Shire Ali merupakan seorang “pejuang IS dan melakukan operasi tersebut”, namun tidak memberikan bukti bagi menyokong dakwaannya.

Australia merupakan anggota dalam pakatan yang diketuai oleh Amerika Syarikat yang menentang IS di Syria dan negara jiran Iraq sejak 2014.

Kumpulan pejuang jihad telah menawan beberapa kawasan luas di Syria dan Iraq pada tahun itu, mengisytih­arkan “sebuah kerajaan” di sekitar kawasan yang dikawalnya.

Namun kumpulan pejuang jihad kemudian kehilangan kebanyakan dari wilayah dalam beberapa serangan di kedua-dua belah sempadan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia