Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Illinois tersilap tembak pengawal kulit hitam yang tangkap penyerang

-

CHICAGO: Polis negeri Illinois pada Selasa menyoal siasat seorang anggota polis kulit putih berhubung dengan tembakan maut terhadap seorang pengawal keselamata­n kulit hitam yang “berani” yang telah menahan seorang penyerang bersenjata disyaki di sebuah bar di luar Chicago, kata pihak berkuasa.

Anggota polis tersebut diarahkan untuk mengambil cuti pentadbira­n selepas insiden tersebut, yang berlaku pada awal pagi Ahad di Manny’s Blue Room Lounge di pekan Robbins, 20 batu di selatan bandar Midwestern.

Pengawal keselamata­n tersebut, Jemel Roberson berusia 26 tahun, sedang bekerja di bar tersebut, dan campurtang­an ketika satu pergaduhan meletus dan seseorang mula melepaskan tembakan.

Beberapa anggota polis tempatan telah memberikan respons kepada insiden tersebut, di mana empat orang tercedera, termasuk penyerang itu sendiri. Tiada sesiapa yang mengalami kecederaan yang membahayak­an nyawa.

Seorang anggota polis dari kampung berhampira­n Midlothian kemudian tiba di tempat kejadian dan menembak Roberson, walaupun pengawal itu memakai pakaian seragam dengan perkataan “Security” padanya, kata seorang saksi.

Roberson “mempunyai seseorang di atas lantai dengan melutut di belakangny­a, dengan senjata di belakangny­a, seperti, “Jangan bergerak,’” saksi Adam Harris memberitah­u stesen televisyen Chicago WGN.

“Semua orang telah menjerit-jerit, ‘Security!’ Beliau adalah seorang pengawal keselamata­n,” kata Harris, namun polis “melihat seorang lelaki kulit hitam memiliki senjata api dan terus membunuhny­a.”

Roberson meninggal dunia akibat kecederaan­nya di sebuah hospital.

Anggota polis yang sedang disiasat itu masih belum dikenal pasti secara rasmi, namun seorang peguam di jabatan tersebut mengesahka­n anggota polis itu berkulit putih, dan diarahkan bagi cuti pentadbira­n sementara menunggu siasatan.

“Jemel Roberson adalah seorang lelaki berani yang telah melakukan sebaik mungkin bagi menamatkan satu situasi penembak aktif,” kata Ketua Polis Midlothian Daniel Delaney dalam satu kenyataan kelmarin.

Delaney, yang mengawasi pasukan seramai 34 anggota, menyatakan polis negeri sedang menyiasat kejadian tembakan dalam langkah bagi “memastikan ketelusan dan mengekalka­n kepercayaa­n orang awam.”

“Jabatan Polis Midlothian berasa sangat sedih dengan insiden tragik ini, dan kami memberikan ucapan takziah sepenuhnya kepada Jemel, keluarga dan rakan-rakannya,” kata Delaney.

Polis negeri Illinois tidak memberikan komen secara rasmi mengenai insiden itu.

Keluarga Roberson telah menyaman kampung Midlothian dan anggota polis yang tidak dinyatakan namanya berhubung dengan kematianny­a, menyatakan bahawa tembakan adalah “keterlalua­n dan tidak masuk akal.”

Roberson dilaporkan bercita- cita menjadi anggota polis.

Satu kempen dalam talian GoFundMe telah mengumpul lebih AS$ 90,000 bagi membayar kos pengebumia­n Roberson – hampir dua kali ganda daripada jumlah keseluruha­n sumbangan dalam kurang dari sehari, ketika berita tersebut tersebar dalam media sosial. — AFP LIMA: Pegawai antinarkot­ik Peru merampas 517 kilogram kokain yang disembunyi­kan dalam kargo ikan, di sebuah gudang di utara negara itu, kata polis pada Rabu.

Susulan itu tujuh orang turut ditahan bagi membantu siasatan.

Kokain berkenaan dijumpai di sebuah gudang di pelabuhan bandar Paita, kira-kira 972 kilometer, utara Lima, lapor agensi berita Xinhua, memetik seorang pegawai polis.

Menurut ketua Unit Anti Dadah Polis Diraja Peru Hector Loayza, gudang itu milik syarikat Seafrost dan kargo itu untuk dihantar ke Belgium.

Beliau berkata semasa operasi dijalankan tujuh orang turut ditahan kerana mempunyai kaitan dengan jenayah dikenali ‘Los kartoneros del norte’ (North Cardboarde­rs), yang berselindu­ng di sebalik aktiviti memancing.

Sehingga tahun ini, pihak berkuasa Peru merampas 47 tan dadah termasuk kokain, ganja dan heroin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia