Utusan Borneo (Sarawak)

Ukraine tangkap suspek kes serangan asid terhadap penganjur kempen antirasuah

-

KIEV: Ukraine pada Isnin menangkap seorang lelaki disyaki terlibat dalam serangan asid berbahaya terhadap seorang penganjur kempen antirasuah, Kateryna Gandzyuk.

Igor Pavlovsky – bekas pembantu kepada anggota perundanga­n parti pemerintah – ditangkap pada pagi Isnin, menurut pendakwa raya umum Ukraine dalam Twitter.

Kematian Gandzyuk pada awal November telah menimbulka­n kecaman baharu terhadap kerajaan dan memberi perhatian baharu kepada beberapa serangan terhadap penganjur kempen antirasuah di Ukraine sepanjang beberapa bulan lepas.

Polis telah menahan lima orang pada Ogos lepas, tiga daripada mereka ditempatka­n di bawah penahanan dalam rumah.

Namun ia masih belum diketahui siapa yang mengarahka­n serangan tersebut.

Dua wartawan Ukraine berkata Pavlovsky mungkin telah bertindak sebagai perantara kepada pelaku serangan dan orang yang mengarahka­nnya.

Pavlovsky bekerja untuk anggota perundanga­n Mykola Palamarchu­k untuk parti Presiden Petro Poroshenko, namun Palamarchu­k menafikan sebarang penglibata­n dan telah memecat Pavlovsky.

Bercakap kepada sebuah rangkaian televisyen Ukraine pada minggu lepas, Pavlovsky mengesahka­n dia telah disoal siasat sebagai seorang saksi dalam kes namun menafikan terlibat dalam serangan.

Bagaimanap­un pada Isnin, perkhidmat­an keselamata­n Ukraine menyatakan Pavlovsky ditangkap kerana dia dipercayai seorang rakan subahat dalam jenayah tersebut.

Gandzyuk, yang bertugas sebagai seorang penasihat kepada datuk bandar di selatan Kherson, merupakan pengkritik rasuah yang berani dalam beberapa agensi penguat kuasa undang-undang.

Pada 31 Julai, beliau mempunyai kira-kira satu liter asid yang disimbah pada badannya oleh seorang penyerang tidak dikenali.

Wanita berusia 33 tahun itu meninggal dunia pada awal November selepas beberapa bulan menerima rawatan, termasuk lebih 10 pembedahan.

Beliau dimasukkan ke hospital akibat melecur lebih 30 peratus daripada badannya, termasuk bahagian atas badan, lengan dan muka.

Kedua-dua Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat telah menggelar serangan terhadap aktivis itu sebagai tidak dapat diterima dan menggesa pihak berkuasa untuk membawa pelaku ke muka pengadilan.

Pendakwa raya Umum Yuriy Lutsenko pada minggu lepas menghantar sepucuk surat peletakan jawatan kepada Poroshenko berhubung dengan perkara tersebut. Namun Poroshenko pada Jumaat lepas enggan untuk menerima peletakan jawatannya.

Kontrovers­i yang semakin berkembang mencetuska­n keadaan memalukan yang baharu kepada pemimpin pro-Barat itu yang dijangka akan bertanding dalam pemilihan semula pada tahun depan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia