Utusan Borneo (Sarawak)

Penembak sekolah Florida dituduh serang pengawal penjara

-

MIAMI: Nikolas Cruz, yang dituduh menembak mati 17 orang di sebuah sekolah tinggi Florida, telah berdepan dengan dakwaan baharu kerana dikatakan menangkap dan menyerang seorang pengawal penjara dan merampas senjata pegunnya, menurut laporan penahanan.

Cruz, 20, telah berada dalam tahanan sejak selepas serangan 14 Februari di Parkland, utara Miami – salah satu kejadian tembakan di sekolah yang teruk dalam sejarah Amerika Syarikat.

Dia sekarang sedang menunggu perbicaraa­n, dengan pendakwa raya menyatakan mereka akan mendapatka­n hukuman mati.

Dakwaan baharu termasuk serangan, memukul dan menggunaka­n sejenis senjata terhadap seorang pegawai penguat kuasa undang-undang.

Pergelutan berlaku pada petang Selasa ketika seorang pegawai dikenali dalam laporan penangkapa­n sebagai Sarjan Beltran meminta Cruz agar “tidak mengheret seliparnya” ketika berjalan di dalam bilik lain di penjara tersebut.

Cruz memberikan respons dengan menunjukka­n jari tengahnya kepada pengawai itu, menurut laporan.

Ketika Beltran bangun untuk berdiri, Cruz bergegas ke arah beliau dan menyerangn­ya, di mana satu pergelutan berlaku dan pengawal itu jatuh ke atas lantai.

Laporan memetik rakaman video yang menunjukka­n Cruz menggunaka­n penumbuk kanannya untuk menumbuk Beltran beberapa kali di bahagian kepala sebelum menarik keluar senjata pegun pengawal tersebut dari sarung pistolnya.

Senjata “dapat dilihat digunakan “ketika dua orang itu berebut untuk mendapatka­nnya, dengan Beltran kemudian berjaya mengawal keadaan semula”.

Beltran kemudian menumbuk bahagian muka Cruz, menyebabka­n dia berundur ke salah satu dari tempat duduk di dalam bilik rehat, dan tidak lama kemudian dia dibawa semula ke dalam penjara.

Cruz menjadi terkenal di seluruh negara selepas serangan terhadap Marjory Stoneman Douglas High School.

Rakaman yang ditemui dalam telefonnya menunjukka­n dia telah merakamkan rancangann­ya untuk menyerang bekas sekolahnya, menyatakan sasarannya adalah untuk “membunuh sekurangku­rangnya 20 orang”.

Dia turut memberitah­u seorang detektif selepas penahanann­ya bahawa dia telah mendengar suara-suara jahat mengarahka­n dia agar “membeli senjata, membunuh haiwan dan memusnahka­n segala-galanya”.

Pelajar yang terselamat dalam pembunuhan kemudian menjadi penyokong utama bagi kawalan senjata yang lebih ketat, mengetuai perarakan di sekitar negara, namun Kongres masih belum meluluskan reformasi yang penting itu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DAKWAAN BAHARU: Dalam gambar fail yang diambil semalam, Cruz (tengah), dilihat atas skrin dalam penampilan pertama di mahkamah Broward County Court House di Fort Lauderdale, Florida.
— Gambar AFP DAKWAAN BAHARU: Dalam gambar fail yang diambil semalam, Cruz (tengah), dilihat atas skrin dalam penampilan pertama di mahkamah Broward County Court House di Fort Lauderdale, Florida.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia