Utusan Borneo (Sarawak)

Peguam bintang porno saman Trump diberkas Avenatti sangkal tuduhan feloni keganasan domestik sebagai rekaan untuk menjejaska­n reputasiny­a

-

LOS ANGELES Michael Avenatti, peguam kepada seorang bintang filem lucah yang terlibat dalam perbalahan undang-undang dengan Donald Trump, telah ditangkap di Los Angeles atas dakwaan feloni keganasan domestik, menurut polis kelmarin.

Jabatan Polis Los Angeles menyatakan dalam Twitter bahawa peguam bintang itu ditangkap pada tengah hari dan ikat jaminnya ditetapkan sebanyak $50,000.

Dalam satu kenyataan, peguam berusia 47 tahun itu menafikan sebarang salah laku.

“Saya tidak pernah mendera secara fizikal sepanjang hidup saya dan saya juga tidak melakukann­ya semalam,” kata beliau. “Sebarang tuduhan sebaliknya adalah rekaan dan bertujuan untuk menjejaska­n reputasi saya.

“Saya tidak sabar untuk dibebaskan sepenuhnya.”

Menurut laman sesawang selebriti TMZ, Avenatti dikatakan terlibat dalam pergaduhan dengan seorang wanita tidak dikenali pada Selasa lepas dan ditangkap pada Rabu berikutan kon- frontasi kedua.

Laman sesawang itu pada mulanya mengenal pasti wanita berkenaan sebagai bekas isteri Avenatti, Lisa Storie Avenatti, namun wanita itu telah mengeluark­an satu kenyataan kepada NBC menyatakan Avenatti tidak pernah bersikap kasar terhadapny­a.

Avenatti menjadi duri dalam daging bagi presiden Amerika Syarikat (AS) ketika beliau menjadi peguam Stormy Daniels, yang menyaman Trump untuk mentaksahk­an satu perjanjian yang tidak didedahkan dilakukan beberapa hari sebelum pilihan raya presiden 2016 berhubung dengan hubungan seksual antara dia dan Trump.

Khabar angin telah tular selama beberapa bulan mengenai prospek Avenatti melancarka­n satu usaha untuk jawatan presiden pada 2020, ketika Trump akan cuba mendapatka­n pelantikan semula.

Namun sejak beberapa bulan ini beliau telah berdepan semakin banyak masalah perundanga­n dan kewangan.

Selain Daniels, anak guamnya termasuk Julie Swetnick, yang menyatakan dia telah menyaksika­n kelakuan kesat secara seksual oleh Brett Kavanaugh, hakim Mahkamah Agung AS yang proses pengesahan­nya ditandakan dengan beberapa tuduhan serangan seksual ketika masih di sekolah tinggi.

Sekiranya didapati bersalah atas tuduhan keganasan domestik, Avenatti akan berdepan dengan hukuman penjara selama empat tahun. — AFP KANO: Militan Boko Haram membunuh sekurangku­rangnya 16 petani dan puluhan lagi masih hilang dalam serangan terbaharu di Borno timur laut Nigeria.

Sejumlah 15 mayat ditemui di ladang di sekitar kampung Kazaa dan Daraa, lima kilometer di luar bandar garrison Monguno pada Selasa.

“Seramai 35 orang lagi tidak dapat dikesan dan usaha mencari mereka sedang dijalankan,” kata pemimpin militia awam Ibrahim Liman.

Kebanyakan mangsa dari kem di kawasan perumahan Monguno yang berpindah akibat pemberonta­kan selama sembilan tahun.

Pada Selasa, dua militan yang menunggang motosikal menembak petani di luar kampung Gremari, kata militia Umar Ari.

Beberapa tahun kebelakang­an ini, Boko Haram meningkatk­an serangan terhadap petani dan pembalak kerana menuduh mereka memberikan maklumat kepada tentera.

Bulan lepas, serangan militan membunuh 12 petani di ladang di Kalle, sebuah kampung terpencil 17 kilometer dari Maiduguri. — Bernama

 ?? — Gambar Reuters ?? SANGKAL TUDUHAN: Avenatti (tengah) dikerumuni wartawan di luar Bahagian Pasifik Jabatan Polis Los Angeles selepas dia ditangkap kerana disyaki melakukan keganasan domestik, di Culver City, California, kelmarin.
— Gambar Reuters SANGKAL TUDUHAN: Avenatti (tengah) dikerumuni wartawan di luar Bahagian Pasifik Jabatan Polis Los Angeles selepas dia ditangkap kerana disyaki melakukan keganasan domestik, di Culver City, California, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia