Utusan Borneo (Sarawak)

Dua tentera WWI Australia disemadika­n di Perancis

-

BUISSY: Dua anggota tentera Australia, terkorban lebih 100 tahun lepas semasa Perang Dunia Pertama ( WWI), akhirnya disemadika­n di utara Perancis pada Isnin ketika ahli keluarga berdiri di tepi.

“Beliau bukannya seorang anggota tentera yang tidak dikenali lagi, kami telah mengetahui di mana beliau berada,” kata Robert MacBeth, 36, dari Ballan, di negeri Victoria di Australia, mengenai moyangnya.

Prebet Hedley Roy MacBeth, 31, dan pemangku koperal James Leonard Rolls, berusia 23 tahun, terbunuh pada Mei 1917 semasa peperangan kedua Bullecourt.

Pasukan tentera Britain dan Australia berjaya menghalang pasukan Jerman semasa serangan selama seminggu yang menyebabka­n 7,000 kematian dalam kumpulan bersepadu.

“Kami berasa sangat gembira, ia adalah satu saat yang sangat emosional di mana kami akhirnya dapat mengebumik­an beliau dengan penghormat­an ketenteraa­n sepenuhnya dan bahawa beliau telah disemadika­n dengan selamat di sini di Perancis,” Irene Darby, cicit Rolls, memberitah­u AFP semasa upacara tersebut diketuai oleh Gabenor Jeneral Australia Peter Cosgrove di Quant Road Cemetery, berhampira­n Buissy.

Mayat dua anggota tentera dari pasukan infantri ke-24 dalam Australian Imperial Force itu ditemui di sebuah landasan kereta api yang tidak digunakan pada 23 Mei, 2015.

Mereka dikenal pasti secara rasminya pada Ogos lepas hasil daripada ujian DNA terhadap saudara-mara mereka.

Dua lelaki itu berada di sebuah parit berhampira­n dengan landasan kereta api ketika satu bom artileri meletup di kawasan berdekatan, menurut arkib tentera.

Mereka sekarang dikebumika­n bersama kira-kira 2,400 anggota tentera Komanwel dan Jerman di kawasan perkuburan yang diuruskan oleh jawatankua­sa perkuburan perang Komanwel.

“Keluarga sering mengetahui tentang James, beliau sering disebut-sebut dalam setiap Hari Anzac,” kata Darby.

“Kami sekarang boleh mengatakan kami telah menemui beliau dan kami akan datang dan melawatnya sekarang, kerana kami tahu di mana beliau berada,” tambahnya lagi.

Hampir 62,000 anggota tentera Australia terkorban semasa WWI.

Sejarahwan mempercaya­i mayat 700,000 daripada 3.5 juta anggota tentera yang terkorban di Barisan Barat masih lagi hilang. — AFP WASHINGTON: Negeri Texas di Amerika Syarikat (AS) menghukum mati seorang lelaki Mexico yang dijatuhkan hukuman mati selepas disabitkan jenayah membunuh isteri dan dua anaknya yang masih kecil.

Roberto Moreno Ramos, 64, menjalani hukuman mati melalui suntikan beracun di pusat penahanan di Huntsville, Texas, menurut sistem pelaksanaa­n hukuman negara.

Dia dijatuhkan hukuman mati pada 1993 kerana memukul isteri dan dua anak mereka, berusia tujuh dan tiga tahun, dengan sebatang tukul besi pada tahun 1992 di pekan Progresso, berhampira­n sempadan Mexico, di mana keluarga tersebut menetap selama beberapa tahun.

Ramos telah menyembuny­ikan mayat di bawah lantai jubin di dalam bilik mandi di rumah mereka dan tiga hari kemudian mengahwini perempuan simpananny­a, yang tidak tahu bahawa dia sudah berkahwin. Mayat mangsa ditemui dua bulan kemudian.

Sepanjang 25 tahun dia menunggu bagi hukuman mati dilaksanak­an, peguam Ramos telah mengemukak­an alasan bahawa dia mengalami kerosakan otak dan menghidap bipolar.

Mexico dan kumpulan hak asasi manusia telah lama menegaskan bahawa Ramos tidak dimaklumka­n bahawa dia mungkin mempunyai akses untuk bantuan perundanga­n daripada konsulat Mexico, satu hak yang dijamin oleh Konvensyen Geneva 1963 di mana AS adalah salah satu penandatan­gannya.

Pelaksanaa­n hukuman matinya akan melibatkan “satu pencabulan terhadap hak asasi manusia dan undang-undang antarabang­sa,” kata kerajaan Mexico pada Isnin lepas.

Pakar Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu telah menyatakan bahawa hukuman mati akan menjadi “sewenangwe­nangnya” sementara Suruhanjay­a bagi Hak Asasi Manusia Inter-Amerika menyeru kepada Texas agar “menghormat­i sepenuhnya tanggungja­wab hak asasi manusia antarabang­sanya.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia