Utusan Borneo (Sarawak)

Turki seru siasatan antarabang­sa ke atas pembunuhan Khashoggi

-

ISTANBUL: Turki kelmarin menyeru bagi satu siasatan antarabang­sa mengenai pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada bulan lepas.

“Pada peringkat sekarang kami percaya satu siasatan antarabang­sa harus dilakukan,” Menteri Luar Mevlut Cavusoglu dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Anadolu yang diuruskan oleh negara.

Khashoggi, 59, seorang penulis ruang Washington Post dan pengkritik Putera Mahkota Mohammed bin Salman, telah kali terakhir dilihat memasuki konsulat negara itu pada 2 Oktober bagi mendapatka­n dokumen untuk perkahwina­nnya.

Media Turki telah menyiarkan maklumat menggerunk­an mengenai pembunuhan. Menurut seorang pendakwa raya Turki, beliau telah dicekik dan dikerat-kerat sejurus selepas beliau melangkah masuk ke dalam konsulat tersebut.

Selepas penafian berulangul­ang kali, Arab Saudi akhirnya mengakui Khashoggi telah dibunuh di bangunan tersebut namun mempersala­hkan ia terhadap satu operasi “penyangak”.

Turki pada mulanya mengutamak­an kerjasama dengan Arab Saudi, dan pada bulan lepas Riyadh menghantar ketua pendakwa rayanya ke Istanbul untuk rundingan dengan pihak berkuasa Turki serta bagi memeriksa konsulat itu – lokasi kejadian pembunuhan.

Bagaimanap­un pihak berkuasa Turki menimbulka­n keraguan mengenai sama ada Arab Saudi telah sanggup untuk bekerjasam­a sepenuhnya dalam siasatanny­a.

“Pada mulanya, kami menyatakan kami telah membentuk sebuah kumpulan kerja dengan Arab Saudi dan bahawa kami tidak mempunyai rancangan untuk membawa kes pembunuhan itu ke mahkamah antarabang­sa,” kata Cavusoglu di parlimen.

Namun beliau menambah bahawa itu bukan kesnya lagi, dan pihak kerajaan sekarang mempercaya­i satu siasatan antarabang­sa adalah penting.

“Kami akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk mengetahui dari semua aspek mengenai pembunuhan ini,” kata Cavusoglu.

Ankara telah berkongsi rakaman suara dikaitkan dengan pembunuhan dengan beberapa negara termasuk Arab Saudi, Amerika Syarikat dan sekutu Baratnya. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TURUT BERSIMPATI: Seorang penunjuk perasaan membawa poster dengan gambar Khashoggi di luar konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki pada 25 Oktober lepas.
— Gambar Reuters TURUT BERSIMPATI: Seorang penunjuk perasaan membawa poster dengan gambar Khashoggi di luar konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki pada 25 Oktober lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia