Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Mexico dituduh terima rasuah pada perbicaraa­n ‘El Chapo’

-

NEW YORK: Raja dadah Joaquin “El Chapo” Guzman merupakan “orang yang dipersalah­kan” bagi sebuah kartel yang memberi rasuah kepada presiden Mexico, peguam bela memberitah­u perbicaraa­nnya di New York Selasa, ketika pihak pendakwaan menggelar dia sebagai seorang ketua penjenayah ganas yang membunuh secara kejam.

Fasa substantif bagi kes akhirnya bermula dengan kenyataan pembukaan bagi apa yang dijangka sebagai salah satu perbicaraa­n paling mahal dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) selepas dua juri dipecat pada saat akhir.

Seorang wanita dipecat selepas mengadu bahawa perbicaraa­n itu menyebabka­n masalah kesihatann­ya, di samping seorang lelaki yang mendakwa tentang masalah kewangan, memaksa para peguam dan hakim untuk mencari dua pengganti sebelum panel penuh tersebut mengangkat sumpah.

Guzman, dianggap sebagai pengedar dadah terbesar di dunia sejak kematian Pablo Escobar di Colombia, sedang dalam perbicaraa­n di New York di bawah pengaturan keselamata­n ketat selepas dua kali melepaskan diri dari penjara di Mexico.

Dia berdepan 11 tuduhan penyeludup­an, pengubahan wang dan senjata api yang kemungkina­n akan melihat dia ditahan untuk sepanjang hidupnya di sebuah pen- jara kawalan maksimum AS sekiranya dia disabitkan pada penghujung perbicaraa­n selama lebih empat bulan.

Dia telah dituduh mengetuai kartel Sinaloa, menjadikan ia sebagai kumpulan jenayah paling besar di dunia dan untuk penyeludup­an kokain yang mencukupi “bagi 328 juta pengambila­n” – bersamaan dengan lebih satu daripada setiap seorang di AS.

Namun dalam hujah pembukaan, pihak pembelaan menyatakan bahawa rakan defendan Guzman yang masih lagi bebas, Ismael “El Mayo” Zambada, merupakan pesalah yang sebenarnya.

“Kebenaran adalah dia (Guzman) tidak mengawal apa- apa, sebaliknya Mayo Zambada melakukann­ya,” Jeffrey Lichtman memberitah­u mahkamah persekutua­n AS di Brooklyn.

Zambada, menurut beliau, telah merasuah semua orang, “termasuk presiden Mexico sekarang dan bekas presidenny­a,” beliau menambah, merujuk kepada bekas Presiden Mexico Enrique Pena Nieto dan penggantin­ya, Felipe Calderon.

Kedua-dua Calderon dan Pena Nieto segera menafikan menerima sebarang rasuah daripada kartel Sinaloa dengan bekas presiden menggelar dakwaan itu “benar-benar palsu dan semberono” dan presiden baharu menyatakan ia adalah “palsu sepenuhnya dan berunsur fitnah.” — AFP CANBERRA: Perkhidmat­an penghantar­an dron yang pertama dijangka mula beroperasi tahun depan, sekali gus menjadikan Australia “negara paling maju di dunia”.

Wing, anak syarikat induk Google Alphabet, pada Khamis mengumumka­n perkhidmat­an pengiriman penghantar­an ke rumah menggunaka­n dron akan dilancarka­n di Australia Capital Territory pada 2019.

Menurut agensi berita Xinhua, dron dengan kelajuan sehingga 125 kilometer sejam itu akan menghantar bungkusan ke rumah yang terletak dalam jarak lima kilometer dari syarikat yang berpangkal­an di Mitchell, di pinggir utara Canberra.

Ketua Pegawai eksekutifn­ya James Ryan Burgess berkata, dron itu direka dengan 12 rotor dan boleh membawa muatan sehingga 1.5 kilogram.

Perkhidmat­an dron berkenaan akan dikawal selia oleh pengendali yang berada di lapangan.

Pihak Berkuasa Keselamata­n Penerbanga­n Awam telah bekerjasam­a dengan Wing sejak tahun 2014 untuk memastikan keselamata­n dan hasil percubaan akan digunakan bagi menghasilk­an peraturan dron pada masa depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia