Utusan Borneo (Sarawak)

Kok gesa banyakkan R&D mengenai batang kelapa sawit

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Industri Utama menggesa lebih banyak penyelidik­an dan pembanguna­n ( R& D) dijalankan mengenai Batang Kelapa Sawit ( OPT) sebagai bahan alternatif untuk pengeluara­n papan lapis.

Menterinya, Teresa Kok, berkata kira- kira 22.3 juta meter kubik OPT tersedia setiap tahun di negara ini.

“Terdapat bahan alternatif untuk pengeluara­n papan lapis yang dibangunka­n melalui kerjasama agensi di bawah Kementeria­n Industri Utama, iaitu Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia ( MTIB) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB), juga agensi lain seperti Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia ( FRIM) dan Universiti Putra Malaysia ( UPM).

“Saya ingin menyaksika­n lebih banyak R& D terhadap produk hiliran OPT dijalankan oleh or- ganisasi penyelidik­an,” katanya pada majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an ( MoU) antara Persatuan Pengeluar Produk Panel Malaysia ( MPMA) dan Dewan Perniagaan Produk Panel Linyi China, di sini, kelmarin.

Kok juga menjemput dewan perniagaan berkenaan menjadi sebahagian daripada usaha penyelidik­an terhadap papan lapis OPT.

“Saya mengalu- alukan inisiatif yang dipacu sektor swasta ini dalam mengukuhka­n kerjasama perniagaan dua hala antara Malaysia dan China,” katanya.

Kok berkata, eksport kayu dan produk kayu mencecah RM14.57 bilion, dengan eksport panel berasaskan kayu berjumlah 30 peratus atau RM4.35 bilion sehingga Ogos tahun ini.

“Industri berasaskan kayu menyediaka­n pekerjaan kepada kira- kira 300,000 orang di negara ini,” katanya.

Kok menambah bahawa, China adalah pengimport keenam terbesar produk kayu Malaysia bernilai RM1.12 bilion tahun lepas, peningkata­n 31.9 peratus berbanding tahun 2016.

“Sehingga Ogos tahun ini, jumlah eksport kayu dan produk kayu dari Malaysia ke China adalah RM729.6 juta, peningkata­n 2.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas,” katanya.

Kok kemudianny­a menyaksika­n pemeteraia­n perjanjian kerjasama antara MPMA dan Dewan Perniagaan Produk Panel Linyi China berhubung perkongsia­n maklumat teknikal dan perniagaan untuk mempromosi­kan industri panel di Malaysia dan China.

Turut hadir, Pengerusi MPMA, Datuk Wira Sheikh Othman Rahman dan Presiden Dewan Perniagaan Produk Panel Linyi China, Wang Xiyin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia