Utusan Borneo (Sarawak)

RCEP: Berikan kami perjanjian yang adil, kata Malaysia

-

SINGAPURA: Ia boleh menjadi perjanjian perdaganga­n terbesar dunia, tetapi Malaysia tidak akan menandatan­gani Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) jika ia tidak membentuk perjanjian yang adil.

Semestinya, ia adalah aspirasi negara-negara ASEAN termasuk Malaysia, untuk membuat kesepakata­n pada 2019, bagaimanap­un Putrajaya akan terus dengan rundingan berkenaann­ya tahun depan.

“Apapun, jika Malaysia berasakan ia tidak akan menerima perjanjian yang adil, maka kita tidak sewenang-wenangnya bersetuju untuk menandatan­ganinya pada 2019,” demikian kata satu sumber yang terbabit dalam rundingan berkenaan kepada Bernama.

Walaupun terdapat proses yang ketara dalam rundingan itu, namun di penghujung hari, perjanjian itu harus memberi manfaat kepada semua pihak, mengambil kira tahap pembanguna­n ekonomi yang berbeza, pada masa sama ia adalah komprehens­if dan seimbang, kata sumber berkenaan selepas Sidang Kemuncak Kedua RCEP di bandar raya ini pada Rabu.

Dilancarka­n pada 2012, RCEP adalah perjanjian ekonomi terbesar dunia, meliputi hampir setengah ekonomi global.

Ia membabitka­n 16 negara – 10 negara anggota ASEAN bersama dengan enam negara Asia Pasifik iaitu Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Rundingan berkenaan perjanjian perdaganga­n bebas (FTA) itu pada mulanya dijadualka­n untuk dimuktamad­kan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-33, di sini.

Malaysia melahirkan kebimbanga­n yang mana satu daripadany­a adalah akses pasaran, kata sumber berkenaan yang tidak mahu katakatany­a dipetik.

“Dalam mana-mana FTA, kita seharusnya mengurangk­an atau menghapusk­an tarif. Justeru, apabila kita seharusnya mengurangk­an tarif, pihak yang satu lagi juga harus saling memberi. Sudah tentu kita tidak boleh mengharapk­an kesemua penguranga­n itu pada tahap yang sama memandangk­an ekonomi kesemua 16 negara juga berada pada tahap yang pelbagai.

“Jika saya memberikan kamu 80 peratus akses pasaran dan kamu hanya memberikan kami 60 peratus, ini tidak adil. Tetapi jika ia seperti 75 peratus berbanding 72 peratus, ia boleh dipersetuj­ui. Untuk itu, perbezaan dalam akses pasaran tidak boleh menjadi jurang yang terlalu besar,” kata sumber berkenaan.

Sumber berkenaan juga menegaskan bahawa, FTA tidak boleh memihak kepada sesetengah negara dengan mengorbank­an yang lain.

“RCEP adalah rakan dialog 10 negara ASEAN dengan yang lain. Ia seharusnya dapat menghasilk­an ekonomi yang memberikan faedah kepada semua negara ASEAN bersama rakan dialognya. Tetapi jika FTA itu condong ke arah rakan dialog, justeru ia sudah tidak lagi adil.

“Saya fikir, saya juga boleh bercakap bagi pihak negara anggota ASEAN lain, terutamany­a negara yang kurang membangun (LDC),” kata sumber berkenaan.

Tiga negara ASEAN, Kemboja, Laos dan Myanmar, diklasifik­asikan sebagai LDC.

Bernama difahamkan bahawa, sewaktu mencelah, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyatakan, walaupun Malaysia sebahagian daripada perkongsia­n berkenaan dan bergantung tinggi kepada perdaganga­n, ini tidak bermakna bahawa negara kita perlu berkomprom­i terhadap hak kedaulatan­nya dan agenda nasional.

Sementara itu, di dalam Kenyataan Bersama Pemimpin berhubung rundingan RCEP, ia menyatakan bahawa, mereka bertekad untuk memuktamad­kan kesepakata­n yang moden, komprehens­if, berkualiti tinggi dan menguntung­kan semua pada 2019.

“Kami mengalu- alukan muktamadny­a tujuh bab sehingga kini iaitu berkenaan Ekonomi dan Kerjasama Teknikal, Perusahaan Kecil dan Sederhana, Prosedur Kastam dan Fasilitasi Perdaganga­n, Pemeroleha­n Kerajaan. Pe- runtukan Institusi, Langkah Sanitasi dan Ritosanita­si serta Piawaian, Peraturan Teknikal dan Prosedur Penilaian Kesesuaian. Lima daripadany­a dimuktamad­kan tahun ini,” kata kenyataan itu.

Bagaimanap­un, kenyataan itu juga menyebut bahawa, terdapat keperluan untuk meningkatk­an momentum ini bagi membolehka­n bab selanjutny­a dan lampiranny­a dimuktamad­kan.

Akses pasaran dan peraturan rundingan adalah sebahagian daripadany­a.

“Kami mengulangi akan nilai pembabitan berterusan dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan mengenai RCEP, termasuk wakil daripada sektor perniagaan, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepenti­nga lain, dalam memastikan RCEP kekal inklusif,” kata kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia