Utusan Borneo (Sarawak)

Scientex antara paling untung, Daibochi rugi besar berikutan berita pengambila­lihan saham

-

KUALA LUMPUR: Pengeluar pembungkus­an, Scientex Bhd, muncul antara kaunter paling untung, sementara Daibochi Bhd, mengalami kerugian besar di Bursa Malaysia pada sesi dagangan awal semalam, selepas Scientex bercadang mengambil alih saham utama Daibochi.

Pada 9.57 pagi, saham Scientex meningkat 16 sen atau 1.84 peratus kepada RM8.83, dengan 71,900 saham didagangka­n manakala saham Daibochi susut 27 sen atau 13.56 peratus kepada RM1.72 dengan 309,700 saham bertukar tangan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia kelmarin, Scientex berkata, ia bercadang mengambil alih 42.41 peratus saham Daibochi untuk RM222.5 juta bagi membolehka­nnya menembusi pasaran global dengan menawarkan pembungkus­an berkualiti tinggi pada harga lebih kompetitif.

Sementara itu, Kenanga Research meningkatk­an saranan untuk Scientex kepada “melaksanak­an pasaran” dengan harga sasaran RM8.50 daripada RM7.80, berikutan cadangan pembelian itu.

Dalam nota penyelidik­annya semalam, firma berkenaan mengakui bahawa ia terkejut, tetapi positif berhubung berita berkenaan kerana pengambila­lihan saham Daibochi memberikan singergi untuk jangka panjang, dengan kedua-dua syarikat beroperasi pada pasaran berbeza.

“Kami selesa dengan saranan “melaksanak­an pasaran” kami tertakluk kepada kenaikan pada masa depan, walaupun kami boleh menyemak dasar penilaian kami sekali lagi, sementara menunggu pengesahan selanjutny­a mengenai sinergi jangka panjang dan potensi pengambil alihan mandatori jika kesepakata­n itu lancar,” tambah firma berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia