Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai eksport produk kayu susut sedikit pada 2018: Kok

-

KUALA LUMPUR: Nilai eksport produk kayu Malaysia dijangka mengalami sedikit penyusutan tahun ini berbanding RM23.21 bilion yang dicatatkan pada 2017 berikutan keadaan ekonomi global yang lemah, demikian menurut Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Beliau berkata, pertikaian perdaganga­n antara Amerika Syarikat dan China yang menyebabka­n ketidaksei­mbangan dan ketidakten­tuan turut menjejaska­n permintaan terhadap komoditi termasuk kayu.

“Apabila melihat harga komoditi kita jatuh dan ekonomi lemah, ( ia) bukan sahaja berlaku kepada Malaysia, malah di seluruh dunia. Kita tidak boleh terlalu terkejut dengan penurunan ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Simposium Antarabang­sa Produk Kayu, di sini, semalam.

Dari Januari hingga Ogos tahun ini, jumlah eksport kayu dan produk kayu menyusut 5.7 peratus kepa- da RM14.6 bilion berbanding tempoh sama pada 2017 akibat faktor cuaca.

Pada 2017, nilai eksport berjumlah RM23.21 bilion. Antara penyumbang terbesar kepada pendapatan eksport ialah perabot kayu yang berjumlah RM4. 95 bilion.

Terdahulu dalam ucapannya, Kok berkata, purata penggunaan kayu pada setiap tahun adalah kurang daripada 10 peratus daripada jumlah bahan pembinaan yang digunakan dalam sektor pembinaan.

Katanya beberapa faktor menyumbang kepada kekurangan penggunaan kayu misalnya salah anggapan bahawa kayu mahal dan mudah terdedah ke- pada serangan anai- anai dan kulat.

Beliau juga berkata, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984 yang mengelaska­n kayu sebagai bahan mudah terbakar adalah satu daripada penyebab yang menghalang penggunaan kayu untuk bahan pembinaan.

“Jadi, adalah sukar untuk menerima kelulusan daripada pihak berkuasa jika kayu digunakan sebagai sebahagian daripada struktur utama bangunan.

“Jawatankua­sa kerja ditubuhkan Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia dan pakar industri yang berkaitan untuk menyemak kandungan UBBL bagi memastikan ia tidak mendiskrim­inasikan penggunaan kayu untuk pembinaan.

“Draf cadangan itu sedang dimuktamad­kan dan akan dikemukaka­n kepada Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak lama lagi untuk pertimbang­an,” kata Kok. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK KENANGAN: Teresa (empat kanan) bergambar bersama tetamu kehormat semasa Simposium Antarabang­sa Produk Kayu di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Pengarah Am Lembaga Industri Kayu Malaysia Datuk Dr Jalaluddin Harun (empat kiri) dan Setiausaha Bahagian Balak, Tembakau dan Industri Kenaf Mad Zaidi Mohd Karli (tiga kiri).
— Gambar Bernama UNTUK KENANGAN: Teresa (empat kanan) bergambar bersama tetamu kehormat semasa Simposium Antarabang­sa Produk Kayu di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Pengarah Am Lembaga Industri Kayu Malaysia Datuk Dr Jalaluddin Harun (empat kiri) dan Setiausaha Bahagian Balak, Tembakau dan Industri Kenaf Mad Zaidi Mohd Karli (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia