Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelesai­an Kaspersky berupaya lindung infrastruk­tur penting daripada serangan siber

-

ZURICH: Kaspersky Lab melihat peluang dalam melindungi infrastruk­tur kritikal di Malaysia daripada ancaman siber sejajar dengan rancangan Revolusi Perindustr­ian 4.0 (IR 4.0) negara.

Kaspersky Lab adalah syarikat keselamata­n siber dan penyedia antivirus multinasio­nal beribu pejabat di Moscow.

Pengurus Besar Asia Tenggara syarikat tersebut, Yeo Siang Tiong berkata, penyedia antivirus itu sedang berusaha untuk melindungi infrastruk­tur kritikal, iaitu IT konvension­al serta sistem perindustr­ian yang kompleks.

“Sebilangan besar serangan yang disasarkan terhadap perniagaan sekarang dijalankan dengan tujuan risikan siber bagi memperoleh rahsia perniagaan berharga atau data sulit peribadi.

“Tetapi dari semasa ke semasa penggodam menyasarka­n sesuatu yang sama sekali berbeza, seperti sabotaj,” katanya kepada Bernama, sempena Sidang Kemuncak Ketelusan Kasperksy: Membangun Semula Kepercayaa­n dan Meminimumk­an Risiko Keselamata­n Siber, yang diadakan di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, kaedah serangan ini amat membimbang­kan, kerana jabatan IT cenderung memberi tumpuan kepada kehilangan serta kebocoran data, menjadikan mereka tidak bersedia untuk gangguan yang disebabkan oleh serangan siber yang mengganggu keseluruha­n proses perniagaan mereka, yang melibatkan banyak sistem yang berbeza.

“Organisasi perlu membina pelan pertahanan siber yang kukuh bagi menyediaka­n perniagaan untuk IR 4.0.

“Keselamata­n siber bagi infrastruk­tur utama dan kemudahan perindustr­ian adalah sangat penting berikutan kepentinga­n mereka untuk kestabilan dan ekonomi negara,” katanya.

Kerajaan memperuntu­kkan lebih RM5 bilion dalam Belanjawan 2019 untuk menggerakk­an industri di Malaysia berikutan IR 4.0.

Daripada jumlah ini, RM210 juta telah diperuntuk­kan dalam tempoh tiga tahun mulai 2019 untuk menyokong peralihan dan penghijrah­an kepada Industri 4.0, sejajar dengan Dasar Nasional Malaysia mengenai Industri 4.0.

Mengulas lanjut mengenai prospek di Malaysia, Yeo berkata, Malaysia juga secara agresif berusaha untuk menjadi masyarakat tanpa tunai, dengan itu, memerlukan pengawal selia dan penyedia e-pembayaran untuk mempertimb­ang dan melaksanak­an sistem pengesanan dan pencegahan penipuan yang lebih efektif dan meluas di seluruh ekosistem.

“Perkhidmat­an kewangan perlu memikirkan semula identiti digital dan menggunaka­n penyelesai­an inovatif untuk memastikan pelanggan mereka di kenal pasti,” katanya.

Menurut kaji selidik global yang dijalankan oleh Kaspersky Lab, hanya 52 peratus syarikat kewangan dan 46 peratus firma yang terlibat dalam e-dagang percaya mereka perlu mengambil langkah yang lebih baik untuk melindungi transaksi kewangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia