Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Makanan Korea di Everrise Vivacity hingga 25 November

-

KUCHING: Pasar Raya Everrise di Pusat Beli-Belah Vivacity akan mengadakan Pesta Makanan Korea bermula hari ini hingga 25 November dengan menawarkan tawaran istimewa kepada pelanggan.

Sepanjang pesta itu, setiap pembelian RM60 dan ke atas dalam satu resit, pelanggan layak untuk mendapatka­n satu peluang untuk sesi putar dan menang yang menawarkan hadiah menarik seperti mi Samyang dan susu pisang.

Dengan setiap pembelian mi Samyang bernilai RM40 dan ke atas dalam satu resit, pelanggan akan layak untuk menerima satu set pewarna kuku atau tag bagasi percuma.

Manakala setiap pembelian RM50 dan ke atas dalam satu resit, pelanggan berpeluang membawa pulang satu botol air satu liter percuma.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang menikmati promosi beli satu percuma satu atau beli dua percuma dua bagi produk ‘OKF Banana Latte Milk’ pada pesta tersebut.

Malah, ‘ Samyang Spicy King Kuching Challange 2018’ juga diadakan pada 17, 18, 24 dan 25 November dengan pemenang akan membawa pulang hadiah tunai menarik, hamper produk, trofi dan sijil.

Pada 18 November, pertanding­an mewarna kanak-kanak juga diadakan bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Pertanding­an ini dibahagi kepada dua kategori iaitu kanak-kanak berusia tujuh hingga sembilan tahun dan 10 hingga 12 tahun dengan penyertaan adalah percuma.

Everrise dengan kerjasama Samyang juga akan melancarka­n produk Korea baharu iaitu ‘Yopokki Rice Cake’ semasa pesta itu nanti pada 18 November.

Pada masa sama, orang ramai yang datang turut berpeluang mempelajar­i cara menyediaka­n ‘kimchi’ pada demonstras­i masakan yang diadakan pada 17, 18 dan 24 November.

Lebih menarik, persembaha­n tarian Korea Kpop turut diadakan oleh DreamAge Dance Studio pada 17 dan 24 November.

Selain itu, pelbagai sampel makanan dan minuman Korea juga disajikan sepanjang pesta itu termasuk ‘Samyang’, kek beras, susu dan banyak lagi.

 ??  ?? Tapak Pasar Gong Xi Fa Cai 2019 di sepanjang laluan High Street dan Jalan Raja yang akan diadakan pada 29 Januari hingga 4 Februari tahun depan.
Tapak Pasar Gong Xi Fa Cai 2019 di sepanjang laluan High Street dan Jalan Raja yang akan diadakan pada 29 Januari hingga 4 Februari tahun depan.
 ??  ?? PASTI MERIAH:
PASTI MERIAH:
 ??  ?? JOM SERTAI KAMI: Pesta Makanan Korea kini di Everrise Vivacity.
JOM SERTAI KAMI: Pesta Makanan Korea kini di Everrise Vivacity.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia