Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama polis marin, trafik capai matlamat

-

KOTA KINABALU: Sebuah motosikal curi berjaya dikesan melalui kerjasama antara Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik, di sini, petang Selasa.

Pemangku Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah Superinten­den Abd Nasir Othman berkata motosikal curi terbabit dikesan di kawasan jeti penambang berdekatan kawasan Pasar Besar jam 3 petang.

“Rampasan ini adalah hasil kerjasama serta operasi risikan daripada Unit Risikan Marin (URM) PPM bersama anggota trafik di sini.

“Motosikal yang dirampas dianggarka­n bernilai RM5,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, PPM berjaya menahan dua individu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dalam Ops Gelora kira-kira jam 12.30 tengah hari Selasa.

Abd Nasir berkata keduadua suspek ditahan PPM Labuan semasa menaiki bot pam di kawasan laut Universiti Malaysia Sabah (UMS) Labuan.

“Kita juga merampas dua bot pam dan enjin bot dianggarka­n bernilai RM5,000 dan dibawa ke Markas Operasi PPM Labuan untuk disiasat mengikut Seksyen 6( 1)( c) Akta Imigresen 1959/ 63,” katanya.

Menurutnya, PPM Sabah sekali lagi merekodkan kejayaan apabila berjaya menahan dua lagi bot pam dan dua warga asing di perairan Kuala Telaga Pitas jam 10.20 pagi Selasa.

“Suspek yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri melakukan kesalahan mengikut Ordinan Perkapalan dan hasil rampasan bernilai RM6,700 dirampas untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

 ??  ?? TANGKAP: Dua warga asing yang ditahan di perairan UMS Labuan.
TANGKAP: Dua warga asing yang ditahan di perairan UMS Labuan.
 ??  ?? KAWALAN KETAT: Anggota PPM bersama rampasan bot yang melanggar Ordinan Perkapalan di Kudat.
KAWALAN KETAT: Anggota PPM bersama rampasan bot yang melanggar Ordinan Perkapalan di Kudat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia