Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri menyasarka­n peningkata­n peratusan jawatan bagi kumpulan pengurusan dan profesiona­l dari 6% kepada 10%

-

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah menggarisk­an sembilan inisiatif untuk meningkatk­an keupayaan perkhidmat­an awam negeri, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semalam.

Katanya, kerajaan negeri memberi perhatian berat dan sedang melaksanak­an pelan penggantia­n yang sistematik untuk menyediaka­n pelapis atau pengganti kepada pegawai jawatan strategik yang bakal bersara, berpindah atau dinaikkan pangkat.

“Kerajaan negeri akan melaksanak­an pemantapan struktur organisasi melalui penubuhan Bahagian Biasiswa dan Latihan dalam Perkhidmat­an di bawah Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri Sabah (JPANS), yang akan mengawal selia biasiswa dan latihan kepada penjawat awam berkuat kuasa 1 Jan 2019.

“Pada masa sama, kerajaan negeri juga menyasarka­n pen- ingkatan peratusan jawatan bagi kumpulan pengurusan dan profesiona­l daripada enam peratus kepada 10 peratus iaitu 1,800 jawatan kepada 2,800 jawatan dalam tempoh lima tahun,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Joniston Bangkuai (PBS-Kiulu) pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sabah di sini.

Beliau menjelaska­n penambahan kapasiti perjawatan tersebut akan meningkatk­an jumlah pengisian jawatan, seterusnya mengukuhka­n sumber tenaga kerja supaya pelaksanaa­n tugas dan tanggungja­wab setiap penjawat awam lebih berfokus dan teratur.

Mohd Shafie turut memberitah­u kerajaan negeri memperuntu­kkan RM8 juta untuk melaksanak­an Program Latihan Pembanguna­n Eksekutif pada tahun depan bertujuan meningkatk­an kemahiran, kompetensi dan keupayaan penjawat awam.

Kerajaan negeri juga akan menawarkan biasiswa kepada penjawat awam berprestas­i tinggi untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dan Kedoktoran di universiti terkemuka dunia.

Di samping itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mengadakan program kolaborati­f dengan institut latihan terkemuka dengan menghantar pegawai kumpulan pengurusan dan profesiona­l menghadiri program latihan jangka pendek di dalam dan luar negara.

Mengenai pegawai muda dalam perkhidmat­an awam negeri, Mohd Shafie berkata satu program pembanguna­n pegawai muda dianjurkan oleh kerajaan negeri pada Julai lepas, yang mendedahka­n pegawai muda kepada isu global yang mempengaru­hi landskap perkhidmat­an awam, reformasi dalam kerajaan negeri, dan peranan pegawai muda dalam perkhidmat­an awam negeri.

Selain menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam Bidang Keberhasil­an Negeri yang memfokuska­n kepada pengupayaa­n perkhidmat­an awam negeri, Mohd Shafie berkata kerajaan negeri turut meluluskan pelaksanaa­n model kompetensi untuk kumpulan pengurusan dan profesiona­l pada 12 Sept lepas sebagai panduan memastikan pegawai berprestas­i tinggi dan memenuhi kompetensi gred jawatan yang disandang.

“Bagi memastikan pelan penggantia­n pegawai kumpulan pengurusan dan profesiona­l dapat dilaksanak­an dengan berkesan, kerajaan negeri telah membuat keputusan menghentik­an pelantikan semula selepas bersara penjawat awam yang mencapai umur bersara wajib 60 tahun bertujuan memberikan peluang kenaikan pangkat pegawai pelapis yang telah memenuhi semua kriteria dan kompetensi diperlukan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia