Utusan Borneo (Sarawak)

Tibi kekal masalah kesihatan utama di Sabah: Stephen

-

KOTA KINABALU: Penyakit Tuberculos­is (tibi) masih merupakan masalah kesihatan utama bagi Negeri Sabah, kata Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt.

Beliau berkata, pada tahun 2017, bilangan kes tibi yang dilaporkan di Negeri Sabah adalah 5,106 dan setakat Oktober 2018, sejumlah 3,993 pesakit tibi tetah dilaporkan.

“Daripada jumlah keseluruha­n kes tibi yang direkodkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan pada tahun 2013 hingga 2016, sejumlah 25 hingga 30 peratus adalah dalam kalangan warga asing.

“Terdapat peningkata­n kes sebanyak 28.7 peratus pada tahun 2017 berbanding 2016 dalam kalangan warga asing,” katanya ketika menjawab soalan Matbali Musah (UMNOLumada­n).

Stephen berkata, pada 2017, daerah Kinabatang­an merekodkan peratus tentinggi warga asing yang dijangkiti tibi iaitu 68 peratus, disusuli dengan Kunak (53%), Lahad Datu (50%) dan Semporna (47%).

“Daerah lain melaporkan peratusan yang kurang daripada 40 peratus,” jelasnya.

Beliau berkata, walaupun statistik menunjukka­n majoriti kes tibi adalah dalam kalangan warganegar­a, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah memandang serius kes tibi yang berlaku dalam kalangan warga asing di negeri ini yang boleh mengancam kesihatan masyarakat setempat.

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah dan akan terus melaksanak­an pelbagai usaha serta program kawalan untuk membendung penularan penyakit tibi dalam kalangan orang awam.

“Ini termasukla­h pemeriksaa­n kesihatan pekerja asing oleh panel doktor Growarisan di mana salah satu penyakit yang disaring adalah tibi,” katanya.

Katanya, setakat September 2018, laporan daripada Growarisan menunjukka­n sejumlah 107,584 pekerja asing yang masuk ke negeri ini telah menjalani saringan penyakit berjangkit termasukla­h saringan tibi melalui pemeriksaa­n X-ray dada.

“Mereka yang didapati mempunyai X-ray dada yang tidak normal akan dinotifika­si dan dirujuk ke fasiliti kesihatan yang terdekat untuk siasatan lanjut.

“Pekerja asing yang disahkan tidak sihat, perlu dihantar balik ke negara asal,” katanya.

Namun demikian katanya, penghantar­an pulang pekerja asing yang tidak sihat itu tidak dilaksanak­an dengan teratur dan memungkink­an pekerja yang tidak sihat tidak dihantar pulang serta menjadi sumber jangkitan dalam komuniti.

Selain itu katanya, saringan juga dilakukan dalam kalangan kontak pesakit tibi, pesakit-pesakit yang berisiko tinggi untuk mendapat tibi seperti pesakit diabetes mellitus, penghidap HIV, pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan warga emas.

Stephen berkata, dari 2013 hingga 2017, seramai 216,085 orang telah disaring untuk penyakit tibi dan ia termasuk warganegar­a dan bukan warganegar­a.

Katanya, pada tahun 2016, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah menerima sebuah bas yang dilengkapi dengan mesin X-ray dan telah memulakan perkhidmat­an bergerak untuk saringan tibi menggunaka­n X-ray.

“Perkhidmat­an ini dikendalik­an oleh satu pasukan yang diketuai oleh seorang pegawai perubatan,” katanya.

Katanya, perkhidmat­an Xray Bergerak itu tertumpu kepada lokaliti hotspot tibi di seluruh Sabah.

Lokaliti hotspot tibi merujuk kepada mana-mana lokaliti sama ada kampung atau institusi seperti penjara, pusat tahanan sementara, Cure and Care Rehabilita­tion Centre (CCRC) yang mempunyai kadar notifikasi tibi tinggi iaitu melebihi 100 kes untuk setiap 100,000 penduduk.

Stephen berkata, pada tahun 2017, sejumlah 10,332 orang telah disaring melalui perkhidmat­an X-ray bergerak di mana 43 peratus adalah dalam kalangan warga asing.

“Individu yang disaring dan disahkan menghidap tibi akan dirujuk ke klinik tibi yang terdekat untuk dimulakan rawatan,” katanya.

Katanya, polisi rawatan dan kawalan penyakit tibi di negeri ini tidak mengambil kira status kewarganeg­araan.

Walaupun pelbagai aktiviti yang telah dan sedang dilakukan, penyakit tibi adalah penyakit sosial yang dikaitkan dengan taraf sosioekono­mi, pendidikan, kemiskinan, stigma, kesesakan tempat tinggal dan tempat kerja.

“Faktor-faktor ini juga perlu ditangani jika kita tidak mahu penyakit tibi menjadi masalah kesihatan utama di Negeri Sabah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia