Utusan Borneo (Sarawak)

Pilih jalan berunding dengan kerajaan persekutua­n dalam tuntut hak: KM

-

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah sekarang memilih jalan perundinga­n dan bukan konfrontas­i dengan kerajaan persekutua­n dalam menuntut hak-hak kita di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata kerajaan Sabah akan terus berusaha untuk mempertaha­nkan segala hak ke atas hasil-hasil negeri ini.

“Sememangny­a, perjuangan hak-hak Sabah adalah paling dekat di hati dan menjadi agenda utama kita sebagai anak Sabah.

“Perkara-perkara ini telah kita angkat ke pering- kat persekutua­n dan Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk menyemak Perjanjian Malaysia 1963 yang telah saya jelaskan sebelum ini.

“Namun, kita maklum bahawa kerajaan persekutua­n memerlukan masa untuk memperhalu­si perkara ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2019 bagi Kementeria­n Kewangan di DUN Sabah pada Rabu.

Pada masa sama, katanya, keperluan tambahan hasil untuk pembanguna­n negeri adalah mendesak.

“Oleh itu, saya telah meminta Kementeria­n Kewangan Negeri dan Jabatan Peguam Besar Negeri untuk meninjau opsyen-opsyen lain di bawah bidang kuasa Kerajaan Sabah yang membolehka­n kita mengutip hasil tambahan daripada minyak mentah dan gas, misalnya melalui pengenaan cukai dan caj berkaitan.

“Saya yakin dan percaya, dengan keazaman dan iltizam, usaha-usaha berterusan Kerajaan Sabah pasti akan membuahkan hasil tidak lama lagi,” katanya.

Mengenai perjumpaan­nya dengan Petronas berkaitan tuntutan royalti petroleum 20 peratus, Shafie yang juga Menteri Kewangan berkata perbincang­an dengan pihak Petronas adalah berkisar kepada permohonan Kerajaan Sabah untuk menambah kadar royalti petroleum daripada 5 peratus sekarang kepada 20 peratus dan pengiraann­ya adalah berasaskan kepada hasil kasar (gross) dan bukannya hasil bersih (net).

Bagaimanap­un, katanya, kerajaan Sabah pada masa ini masih menanti keputusan kerajaan persekutua­n dan pihak Petronas mengenainy­a.

Mengenai dengan kutipan cukai jualan negeri ke atas komoditi perikanan yang dibawa keluar dari Sabah, kerajaan berpandang­an bahawa sudah tiba masanya supaya kutipan cukai ini dikuatkuas­akan. Ini kerana, selama ini kerajaan tidak memperoleh­i sebarang hasil cukai daripada komoditi perikanan yang dibawa keluar dari Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia