Utusan Borneo (Sarawak)

LIGS rancang bangun program Tanam Semula Berkelompo­k

-

KOTA KINABALU: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) merancang untuk membangunk­an kawasan baharu melalui program Tanam Baru dan Tanam Semula Berkelompo­k seluas 5,016 hektar.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong berkata, program berkenaan akan melibatkan seramai 1,568 pekebun kecil dari 79 kampung.

“Untuk program latihan, seramai 3,000 pekebun kecil akan dilatih dalam tempoh ini,” katanya dalam ucapan penggulung­an.

Beliau berkata, LIGS akan meneruskan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) tahun hadapan bagi meningkatk­an pendapatan pekebun kecil getah.

Katanya, ia dilaksanak­an dengan memberi bantuan penanaman buah-buahan, halia, lada hitam dan pemelihara­an lebah kelulut.

“LIGS juga dijangka akan mengekspor­t getah sebanyak 33,000 tan mengikut Standard Getah Malaysia (SMR) dan lateks pekat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menafikan dakwaan bahawa LIGS memonopoli pembelian getah di negeri ini yang dibangkitk­an oleh ADUN Kemabong Jamawi Jaafar.

Menurutnya, pihak swasta yang berlesen sahaja dibenarkan membeli getah di negeri ini.

“Pada tahun 2018, sebanyak 16 lesen membeli getah di premis dan 37 lesen bergerak membeli getah sudah dikeluarka­n kepada pihak swasta di seluruh Sabah.

“Pelesen-pelesen swasta ini membeli getah mengikut harga yang ditetapkan oleh mereka sendiri,” katanya.

Mengenai pembanguna­n tanah sawah di negeri ini, Junz berkata kerajaan negeri akan meneruskan program bantuan pemberian insentif seperti pembajakan sawah.

Katanya, sejumlah RM16.5 juta diperuntuk­kan oleh kerajaan negeri bagi subsidi pembajakan sawah bermula tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia