Utusan Borneo (Sarawak)

RANIERI DILANTIK KEMBALIKAN KECERIAAN DI CRAVEN COTTAGE

Jokanovic dipecat selepas Fulham menduduki tempat tercorot Liga Perdana dengan hanya lima mata dan satu kemenangan

-

“Ia adalah satu penghormat­an untuk menerima jemputan Enck Khan dan peluang untuk membimbing Fulham, sebuah kelab dengan tradisi dan sejarah hebat.” yang Claudio Ranieri Bekas pengurus Leicester City

LONDON: Fulham melantik jurulatih veteran dari Itali, Claudio Ranieri, sebagai pengurus kelmarin selepas ia memecat Slavisa Jokanovic dalam usaha untuk mengelak kejatuhan dari Liga Perdana Inggeris (EPL).

Jokanovic membawa balik Fulham ke liga utama di England pada Mei 2018 tetapi pengurus berusia 50 tahun dari Serbia itu bergelut untuk menyesuaik­an diri dengan kehidupan dalam EPL.

Selepas 12 perlawanan, Fulham menduduki tempat tercorot dengan hanya lima mata dan satu kemenangan sahaja daripada 12 perlawanan.

Ranieri, yang membimbing Leicester untuk memenangi kejuaraan EPL yang luar biasa pada 2016, menjadi ejen bebas selepas dia dipecat dari kelab Ligue 1 di Perancis, Nantes, satu perlawanan sebelum musim lepas berakhir.

Dia telah diberi kontrak “beberapa tahun” oleh pengerusi Fulham, Shahid Khan.

“Ia adalah satu penghormat­an untuk menerima jemputan Enck Khan dan peluang untuk membimbing Fulham, sebuah kelab dengan tradisi dan sejarah yang hebat,” kata Ranieri dalam laman sesawang rasmi kelab.

“Objektif di Fulham bukan sekadar untuk terus bermain dalam Liga Perdana. Kita mesti setiap masa menjadi pasukan lawan yang sukar dan harus menjangkak­an kejayaan.”

Khan mengucapka­n terima kasih kepada Jokanovic, mangsa pengurusan pertama pada musim ini dalam EPL, di atas kerjanya di kelab itu.

“Saya tidak menjangka untuk membuat pengumu- man ini mengenai Slavisa dan berharap keadaan sedemikian rupa sehinggaka­n saya tidak perlu berbuat demikian, tetapi laluan kita pada musim ini telah mendorong saya untuk membuat apa yang saya tahu adalah keputusan yang betul, pada masa yang betul, untuk pemain kita, kelab dan penyokong kita ,” kata pengerusi Fulham itu. “Slavisa akan sentiasa saya hargai dan hormati bagi segalanya yang dia buat untuk membawa balik Fulham ke bola sepak liga tertinggi.”

Pelantikan Ranieri dibuat hanya beberapa minggu sahaja selepas bekas majikannya di Leicester, pemilik kelab Vichai Srivaddhan­aprabha, maut bersama empat orang lain apabila helikopter yang mereka naiki terjunam di tempat letak kereta di luar Stadium King Power sejurus selepas perlawanan menentang West Ham.

“Saya begitu terkejut dengan berita itu,” kata Ranieri kepada Sky Sport Italia dua minggu lalu.

“Dia seorang lelaki yang baik dan sentiasa ada katakata yang positif bagi semua orang.”

Ranieri dari Itali pernah membimbing Napoli, Fiorentina, Atletico Madrid, Chelsea, Valencia, lencia, Juventus, Roma, Inter Milan dan pasukan kebangsaan Greece.

Namun memenangi kejuaraan bersama Leicester dua tahun lalu masih menjadi njadi pencapaian karier terbesar untuk tuk pengurus berusia 67 tahun yang peramah itu.

Leicester memulakan kempen liga 2015-2016 dengan taruhan 5000-1 untuk memenan menangi mahkota E EPL. Ranieri berdepan dengan cabaran yang tidak kurang getir jika dia mahu mengeluark­an Fulham d dari tempat kem kemelut mereka se sekarang. Namu Namun dia percaya pasuk pasukan London itu boleh bersaing semula. Dia akan menggalas tugas un- tuk perlawanan pertamanya dalam masa 10 hari lagi apabila Fulham menerima kunjungan sebuah lagi kelab bermasalah, Southampto­n, ke Craven Cottage.

“Skuad Fulham ini mempunyai bakat luar biasa yang tidak menampakka­n kedudukann­ya dalam liga. Saya tahu pasukan ini sangat berupaya untuk mempamerka­n prestasi yang lebih baik, dan kita akan terus mengusahak­an perkara ini sebagai persiapan untuk Southampto­n di Cottage,” ujar Ranieri.

Ranieri seterusnya akan menentang dua kelab lamanya, Chelsea dan Leicester, dalam dua perlawanan berturut-turut. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? HAMPA: Reaksi Jokanovic selepas Fulham tewas kepada Manchester City pada perlawanan pusingan keempat Piala Liga Inggeris di Stadium Etihad, Manchester pada 1 November lepas.
— Gambar AFP HAMPA: Reaksi Jokanovic selepas Fulham tewas kepada Manchester City pada perlawanan pusingan keempat Piala Liga Inggeris di Stadium Etihad, Manchester pada 1 November lepas.
 ??  ?? RANIERI
RANIERI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia