Utusan Borneo (Sarawak)

Ceroboh, pecah rumah dan curi, remaja dihantar ke Sekolah Henry Gurney

-

MIRI: Seorang remaja lelaki diperintah­kan Mahkamah Juvana supaya dihantar ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo selama dua tahun kerana kesalahan melakukan penceroboh­an dengan niat mencuri serta pecah rumah dan curi.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa mengikut peruntukan 91 (1) (f) Akta Kanan-Kanak (Pindaan) 2016 setelah meneliti laporan akhlak juvana terbabit yang dibentangk­an oleh pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta mengambil kira cadangan oleh dua pegawai penasihat mahkamah.

Juvana terbabit, 17, dari Pujut Tanjung Batu di sini telah didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara setahun atau denda RM1,000 atau keduaduany­a sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, juvana terbabit didapati telah melakukan penceroboh­an dengan menceroboh masuk ke bilik persalinan pekerja perempuan sebuah hotel dengan niat mencuri.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.15 pagi, 8 Oktober lalu di sebuah hotel di Jalan Pujut di sini.

Selain itu, juvana terbabit turut menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah dan curi.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut keterangan kes, juvana terbabit telah melakukan pecah rumah dengan memecah masuk sebuah rumah dan mencuri dua unit telefon bernilai RM2,000 kepunyaan Eyman Zulhakimi Zulkifli, 18.

Kesalahan itu didakwa dilakukann­ya pada jam 10.50 malam, 13 Oktober lalu di sebuah lot di Jalan Tanjung Batu 3 Kampung Pujut Tanjung Batu di sini.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia