Utusan Borneo (Sarawak)

Tuduhan liar usaha kerajaan pelihara alam sekitar dibidas

Sarawak pemain utama, komited untuk menangani pemanasan global dengan mengurangk­an pelepasan gas rumah hijau

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan membidas tuduhan liar badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti antarabang­sa terhadap usaha kerajaan Sarawak dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.

Menurut Awang Tengah, Sarawak merupakan pemain utama di Malaysia dalam komitmenny­a untuk menangani pemanasan global dengan mengurangk­an pelepasan gas rumah hijau.

Setakat ini katanya, 74 peratus atau 3,452 megawatt (MW) pengeluara­n tenaga di Sarawak adalah daripada tenaga boleh diperbahar­ui yang dijana dari tiga projek empangan hidro iaitu Batang Ai, Bakun dan Murum.

Ini katanya, adalah lebih tinggi daripada sasaran Malaysia untuk mencapai 2,080 MW tenaga diperbahar­ui menjelang 2020, sekali gus mengelak 7.0 juta tan karbon dioksida tahunan.

Sebagai tambahan katanya, Sarawak berazam untuk memodenkan pengangkut­an awam menerusi penggunaan bahan bakar hidrogen bagi bas.

“Di sebalik semua usaha ini, NGO dan komuniti antarabang­sa tanpa belas kasihan menuduh kerajaan Sarawak membunuh hidupan liar, memusnahka­n biodiversi­ti hutan dan tanah gambut, gagal menghormat­i dan mengiktira­f hak komuniti peribumi dan banyak lagi tuduhan lain.

“Tuduhan ini adalah tidak benar dan suka saya untuk mengetenga­hkan sebahagian usaha Sarawak dalam pemulihara­an biodiversi­ti,” katanya dalam teks ucapannya pada majlis Jamuan Malam Gala Persidanga­n Kualiti Udara Lebih Baik (BAQ) Ke-10 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching ( BCCK) di sini, kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais yang juga Menteri Muda E-Dagang.

Antara usaha Sarawak dalam pemulihara­an biodiversi­ti ialah mewartakan kirakira satu juta hektar kawasan titik panas biodiversi­ti di bawah Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA) menjelang tahun 2020.

Setakat ini menurut Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua, lebih daripada 792,510 hektar telah diwartakan tidak termasuk ekosistem lautan dan daratan yang meliputi kawasan seluas kira-kira 1.243 juta hektar.

Kerajaan Sarawak juga komited untuk menanam satu juta hektar pokok industri dengan spesies tumbuh cepat seperti akasia yang penting untuk melegakan tekanan ke atas sumber hutan asli dan kini lebih daripada 400,000 hektar telah ditanam, katanya.

Usaha lain katanya, termasuk mewartakan 29 kawasan tadahan hujan meliputi kawasan kira- kira 4.08 juta hektar dengan 58 lagi kawasan tadahan atau 4.1 juta hektar telah dikenal pasti untuk diwartakan pada masa akan datang.

Kerajaan Sarawak menurut Awang Tengah, juga akan menguatkua­sakan sepenuhnya larangan pembakaran terbuka biomas selepas 2020, kecuali bagi tujuan agama dan pertanian pindah oleh komuniti luar bandar.

Sebagai langkah mengawal kebakaran tanah gambut pula, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) telah memperkena­lkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mencegah kebakaran gambut di Miri.

SOP ini katanya, telah terbukti berkesan dalam mengurangk­an insiden kebakaran tanah gambut dan ia boleh diguna pakai di tempat lain.

Bercakap mengenai persidanga­n tersebut, Awang Tengah berkata, ia adalah bertepatan dan langkah penting ke hadapan dalam mencapai matlamat jangka panjang Asia bebas pencemaran udara.

Dengan tema ‘Regional Action, Global Impact,’ Awang Tengah berharap persidanga­n itu akan menyediaka­n platform penting untuk pembelajar­an, perkongsia­n ilmu dan mengukuhka­n kerjasama bagi menjadikan rantau ini bebas pencemaran udara.

Turut hadir Timbalan Menteri di Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Fuziah Salleh, Presiden Kesatuan Forum Udara Bersih Malaysia (MyCAS) Dr Noor Zaitun Yahaya serta yang lain.

Tuduhan ini adalah tidak benar dan suka saya untuk mengetenga­hkan sebahagian usaha Sarawak dalam pemulihara­an biodiversi­ti. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PENGHARGAA­N: Dr Noor Zaitun (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Naroden disaksikan Fuziah (kiri).
— Gambar Chimon Upon PENGHARGAA­N: Dr Noor Zaitun (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Naroden disaksikan Fuziah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia