Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan ambil berat kepentinga­n modal insan jana kekuatan Sarawak

-

MUKAH: Kepentinga­n modal insan dalam menjana kekuatan Sarawak pada masa depan amat dititikber­atkan oleh kerajaan negeri.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, insentif RM1,000 kepada setiap bayi Sarawak yang lahir mulai Januari 2019 bukti komitmen kerajaan untuk memastikan negeri tidak ketandusan modal insan pada masa hadapan.

“Kerajaan Sarawak akan tetap memberi insentif itu walaupun hanya salah seorang daripada ibu atau bapa bayi adalah orang Sarawak,” ujarnya pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Murid Ke-40 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dalat semalam.

Fatimah berkata, syaratnya ialah bayi berkenaan perlu berdaftar di mana-mana Jabatan Pendaftara­n Negara.

Wang berkenaan katanya, hanya boleh dikeluarka­n apabila bayi berkenaan berumur 18 tahun dan sebagai persediaan lain dalam menghadapi fasa seterusnya dalam kehidupan mereka.

Dana itu katanya, boleh digunakan sebagai persediaan ke alam institusi pendidikan tinggi atau ketika melangkah ke alam pekerjaan.

Ia juga katanya, boleh di- jadikan modal memulakan sesebuah perniagaan jika tidak melanjutka­n pelajaran atau bekerja dengan pihak lain.

Sementara itu, Fatimah menasihati lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menanti keputusan rasmi agar mengisi masa terluang mereka dengan melakukan perkara berfaedah.

“Antaranya berniaga atau bekerja sementara untuk menambah pendapatan keluarga sebagai persediaan ke institusi pengajian tinggi seterusnya,” ujarnya.

Di samping menambah pendapatan katanya, ia juga boleh menambah pengalaman mereka.

Justeru, beliau mengingatk­an golongan belia atau remaja agar menghindar­i perkara negatif yang boleh menyebabka­n kehancuran diri dan keluarga.

Sebagai contoh katanya, kehamilan ketika usia remaja yang masih perlu dielakkan walaupun statistik mencatatka­n penurunan.

Fatimah berkata, kementeria­nnya juga akan meneruskan usaha dalam memberikan pengetahua­n kepada remaja di seluruh negeri mengenai pendidikan seks.

“Usia remaja adalah di mana kematangan fikiran dan tubuh badan belum lagi sesuai dan bersedia sepenuhnya untuk menjadi seorang ibu atau bapa,” jelasnya.

Turut berucap Pengetua SMK Dalat Magdaline Jon.

Pada majlis itu, Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat mengumumka­n geran projek kecil luar bandar ( MRP) kepada beberapa panitia sekolah sebanyak RM11,000 dan RM15,000 kepada kelab-kelab kokurikulu­m lain sekolah berkenaan untuk aktiviti sepanjang 2019.

Seramai 266 pelajar menerima sijil dan hadiah pada majlis berkenaan.

 ??  ?? RASMI: Fatimah (kanan) meletakkan telapak tangan kanan ke atas monitor sebagai simbolik perasmian Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Murid Ke-40 SMK Dalat semalam.
RASMI: Fatimah (kanan) meletakkan telapak tangan kanan ke atas monitor sebagai simbolik perasmian Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Murid Ke-40 SMK Dalat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia