Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sentiasa berusaha wujud dasar selari perkembang­an semasa: Len Talif

-

BINTULU: Kerajaan sentiasa berusaha untuk mewujudkan dasar-dasar yang selari dengan perkembang­an semasa, kata Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh.

Beliau berkata, peranan untuk melaksanak­an dasar-dasar tersebut bergantung kepada kebijaksan­aan penjawat awam yang perlu mempersiap­kan diri dengan ilmu, mengamal nilai-nilai murni tinggi serta peka dengan kehendak rakyat.

“Penjawat awam perlu melaksanak­an amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi tanpa membelakan­gkan kepentinga­n negeri,” ujarnya berucap merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Jabatan Hutan Sarawak di Emerald Ballroom Hotel Promenade Bintulu, malam kelmarin.

Beliau mewakili Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua serta Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Seramai 69 kakitangan menerima sijil penghargaa­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang berdasarka­n penilaian 2017 pada majlis tersebut, termasuk penghargaa­n kepada tiga pegawai contoh dan sembilan kakitangan yang bersara tahun ini.

Tiga pegawai menerima Anugerah Pegawai Contoh ialah Pegawai Penyelidik Dr Ahmad Ampeng, Penolong Pemelihara Hutan Fatimah Mohammad dan Pegawai Hutan Martin Jandom yang masing- masing menerima plak dan insentif RM1,000.

Turut diadakan penyampaia­n dana oleh Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) berjumlah RM149,810 kepada Jabatan Hutan untuk membangunk­an pangkalan data pembanguna­n bagi Pensijilan Unit Pengurusan Hutan (FMU) Sarawak.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Jack Liam dan Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat.

Len Talif berkata, amanah kepada penjawat awam ialah memastikan rakyat menikmati faedah seperti yang diinginkan oleh kerajaan.

“Apabila rakyat menyokong dasar-dasar pembanguna­n, maka semua pihak dapat bergerak seiring untuk memajukan negeri ini dan pada masa sama, mengangkat sektor perkhidmat­an awam negeri ke taraf dunia,” katanya.

Menurutnya, kerajaan sentiasa prihatin dan berusaha untuk memastikan keperluan serta kebajikan penjawat awam Sarawak diberi keutamaan, antaranya dengan pemberian insentif.

Namun demikian katanya, ia tertakluk kepada keperluan serta keupayaan semasa supaya insentif yang diberikan bertepatan, tidak disalah guna dan dimanipula­si pihak tertentu.

Justeru katanya, penghargaa­n yang diberikan kepada sektor awam negeri perlu dianggap sebagai pembakar semangat untuk terus memberikan perkhidmat­an terbaik.

Beliau menyeru warga Jabatan Hutan agar sentiasa peka dan mempelbaga­ikan ilmu pengetahua­n dan kemahiran terutamany­a dalam bidang teknologi maklumat bagi meningkat kebolehpas­aran, sekali gus menjamin sistem penyampaia­n perkhidmat­an yang lebih produktif, berkualiti dan cemerlang.

Sementara itu, Pengarah Hutan Sarawak Hamden Mohammad berkata, transforma­si telah dilakukan untuk memastikan setiap sumber yang sedia ada dimanfaatk­an sepenuhnya bagi memastikan setiap kakitangan dapat berfungsi secara efisien.

Setiap kakitangan katanya, disaran membudayak­an etika kerja cemerlang berpanduka­n enam nilai utama yang termaktub dalam Pelan Tindakan Perkhidmat­an Awam Sarawak serta menerap nilai-nilai integriti tinggi terutama semasa melaku kerja-kerja lapangan.

Katanya, kerajaan negeri telah mewajibkan semua lesen pembalakan jangka panjang mencapai pensijilan pengurusan hutan menjelang 2022 dan setakat ini, empat FMU telah berjaya memperoleh­i sijil pengurusan hutan dengan keluasan 423,917 hektar.

“Jabatan Hutan menggalakk­an pelesen-pelesen ladang hutan untuk mendapatka­n sijil pengurusan ladang hutan dan setakat 31 Oktober 2018, sebanyak enam Unit Pengurusan Ladang Hutan (FPMU) berkeluasa­n 72,876.90 hektar telah berjaya mendapat pensijilan ladang hutan.

“Pembanguna­n ladang hutan penting bukan sahaja bagi memastikan bekalan kayu yang mencukupi untuk menampung keperluan industri perkayuan tempatan, bahkan mengurangk­an kebergantu­ngan kepada sumber kayu hutan asli dan setakat ini 420,146 hektar telah ditanam dengan pelbagai spesies cepat tumbuh,” ujarnya.

Beliau berkata, Jabatan Hutan komited untuk memelihara flora dan fauna di Sarawak dengan mewartakan Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA) dan kerajaan negeri menyasar satu juta hektar kawasan daratan untuk diwartakan sebagai kawasan TPA menjelang 2020.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Ahmad (dua kanan) menerima Anugerah Pegawai Contoh daripada Len Talif sambil disaksi Hamden (kiri) dan Jack (kanan).
TAHNIAH: Dr Ahmad (dua kanan) menerima Anugerah Pegawai Contoh daripada Len Talif sambil disaksi Hamden (kiri) dan Jack (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia