Utusan Borneo (Sarawak)

San Chin BBC-JV Sdn Bhd serah rasmi SJKC Stampin kepada Jabatan Pendidikan, Isnin ini

-

KUCHING: SanChinBBC-JV Sdn Bhd akan menyerahka­n secara rasmi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ( SJKC) Stampin kepada Jabatan Pendidikan pada Isnin ini.

Pengarah Urusannya Lee Chin Teck berkata, ia merupakan julung kali bangunan sekolah dibangunka­n oleh syarikat swasta menerusi pertukaran tanah.

“Kita telah bersetuju untuk bertukar tanah dan membina bangunan sekolah baharu bersebelah­an projek Pembanguna­n Bersepadu Gala City.

“Ia menelan kos RM17 juta dan berdekatan dengan lokasi lama sekolah ini,” katanya ketika pada sidang media di sekolah berkenaan di sini, semalam.

Beliau memberitah­u, majlis penyerahan rasmi bangunan baharu sekolah itu akan disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, justeru orang ramai dijemput untuk menghadiri majlis tersebut pada jam 10 pagi, Isnin ini dan makanan ringan turut disediakan.

Lee menambah, selain menggantik­an bangunan baharu sekolah, ia juga dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Jalan Tun Jugah ketika waktu tengah hari.

Malah jelasnya, bangunan baharu sekolah itu turut mempunyai 30 bilik darjah berbanding hanya 12 bilik darjah sebelum ini dan ber- mula tahun hadapan, sekolah tersebut akan beroperasi hanya satu sesi.

Beliau berharap kemudahan baharu itu dapat memberi persekitar­an pembelajar­an yang kondusif kepada pelajar.

Sementara itu, Guru Besar SJKC Stampin Chong Siew Fong berkata, sekolah itu memfokuska­n pengajaran abad ke-21, kokurikulu­m, disiplin dan pembanguna­n jati diri pelajar.

Beliau menggalakk­an ibu bapa memberi kerjasama dengan pihak sekolah dalam memperkasa­kan disiplin pelajar.

Hadir sama Penyelia Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Leong Beng Keong.

 ??  ?? BANGUNAN BAHARU: (Dari kiri) Chong, Lee dan Leong merakam kenangan di SJKC Stampin.
BANGUNAN BAHARU: (Dari kiri) Chong, Lee dan Leong merakam kenangan di SJKC Stampin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia