Utusan Borneo (Sarawak)

See seru KM bincang dengan SPRM, Jabatan AG lantik CeIO

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg diseru untuk mengadakan perbincang­an dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AG) bagi melantik seorang Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) dalam pelbagai jabatan dan agensi kerajaan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How yang membuat seruan itu memberitah­u, ini adalah selari dengan usaha Ketua Menteri untuk menegakkan integriti, akauntabil­iti, ketelusan dan tadbir urus yang baik dalam pentadbira­nnya.

“Usaha sedemikian harus dialu- alukan dan disambut baik oleh semua rakyat Sarawak, tetapi hala tuju tindakan dan perubahan institusi mesti ditetapkan dengan betul,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam bagi mengulas tentang pengumuman Ketua Menteri dalam ucapan penggulung­an pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) Rabu lepas.

Dalam penggulung­an itu, Ketua Menteri mengumumka­n bahawa beliau akan mempelawa wakil- wakil dari pejabat AG dan SPRM untuk menghadiri mesyuarat lembaga tender negeri.

Menurut See yang juga Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, usaha Ketua Menteri untuk melibatkan dua badan pemantau penting terbabit bagi memupuk dan meningkatk­an lagi tadbir urus yang baik dalam pentadbira­n kerajaan negeri wajar dialualuka­n.

“Namun pembabitan pegawai dari Jabatan AG dan SPRM tidak harus dihadkan hanya kepada kehadiran di mesyuarat lembaga tender sahaja. Pembabitan mereka harus merangkumi dan melingkung­i penyeliaan proses perancanga­n, perekaan, penaksiran nilai, pemberian tender, pelantikan perunding dan kontraktor, pembiayaan dan pelaksanaa­n projek negeri serta operasi pelbagai jabatan dan agensi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia