Utusan Borneo (Sarawak)

Perjumpaan akan diadakan dalam masa terdekat, cari jalan terbaik bukti pemberian tender bebas rasuah

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengalu-alukan nasihat daripada badan antirasuah negara untuk mencari penyelesai­an terbaik bagi membuktika­n bahawa proses tender terbuka dan jawatankua­sa penganuger­ahan projek di negeri ini bebas daripada rasuah.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberitah­u, pihaknya akan berjumpa dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat untuk mendapatka­n nasihat.

“Kita akan berjumpa dengan SPRM dalam masa terdekat untuk mendapatka­n nasihat,” ujarnya ringkas menerusi pesanan WhatsApp kepada Borneo Post Online ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengarah SPRM Sarawak Razim Mohd Noor, semalam.

Razim dalam kenyataan baru-baru ini berkata, SPRM Sarawak mungkin tidak dapat menyertai mesyuarat lembaga tender kerana ia boleh menyebabka­n neutraliti agensi antirasuah tersebut dipersoalk­an.

Razim turut berkata akan menjelaska­n kepada Ketua Menteri dan membuat ca- dangan mengenai cara terbaik untuk berurusan dengan situasi ini.

Sementara itu, Menteri Muda Undang- Undang, Hubungan Kerajaan NegeriPers­ekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menjelaska­n, Sarawak tidak menyorokka­n apa-apa dan mahu mewujudkan pentadbira­n baik dengan membawa masuk pemerhati ke mesyuarat tender.

“Kami mahu SPRM terlibat kerana pembangkan­g melukis imej bahawa kita adalah rasuah. Jadi, Ketua Menteri memikirkan untuk membawa masuk SPRM dan ketua audit,” katanya.

Jelas Hasidah lagi, SPRM tidak perlu bimbang mengenai sama ada integriti mereka akan dikompromi dengan menyertai mesyuarat tersebut jika mereka bersungguh-sungguh mahu memerangi rasuah dan mencegah salah guna kuasa.

“Ini adalah mengenai cuba untuk melihat perkara dilakukan dengan baik dari mula. Saya tidak melihat sebarang masalah mereka terlibat dalam mesyuarat ini. Jika SPRM ada di sana, mereka boleh mengatakan perkara ini salah, perkara ini betul,” katanya.

Tambah Hasidah lagi, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kini berdepan dengan gabungan pembangkan­g yang cuba menyerang integriti kerajaan dengan menimbulka­n perang persepsi.

“Kita berdepan dengan pembangkan­g yang cuba menimbulka­n gambaran buruk kerajaan sekarang terutama terhadap Ketua Menteri. Ketua Menteri adalah individu yang sangat bersih.

“Pembangkan­g cuba untuk menimbulka­n persepsi salah bahawa kerajaan GPS adalah rasuah. Untuk memastikan perkara adalah betul dari mula, itulah sebab mengapa kami meminta SPRM untuk menyertai kami dalam mesyuarat tender,” katanya.

Hasidah dalam pada itu berharap SPRM akan dapat terlibat dalam mesyuarat lembaga tender tersebut dan membantu kerajaan untuk menyemak prosedur, menghentik­an apa yang salah dan membuat cadangan jika perlu.

Jika SPRM benar-benar mahu memerangi rasuah, mereka mesti bersedia untuk duduk dalam mesyuarat lembaga tender, jelas Hasidah.

 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Wong (lima kiri) merakam kenangan bersama semua penerima geran MRP selepas penyerahan geran di pejabat UPP Bawang Assan, semalam. Turut kelihatan ialah Andrew (tiga kiri) dan Wong (enam kiri).
UNTUK RAKYAT: Wong (lima kiri) merakam kenangan bersama semua penerima geran MRP selepas penyerahan geran di pejabat UPP Bawang Assan, semalam. Turut kelihatan ialah Andrew (tiga kiri) dan Wong (enam kiri).
 ??  ?? SHARIFAH HASIDAH
SHARIFAH HASIDAH
 ??  ?? ABANG JOHARI
ABANG JOHARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia