Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Sarawak mesti berdiri teguh di belakang pemimpin sendiri: Peter

-

KUCHING: Rakyat Sarawak mesti berdiri teguh di belakang pemimpin mereka sendiri untuk kemajuan dan melindungi negeri ini daripada dikawal dan didominasi oleh orang luar.

Veteran politik Dato Peter Minos berkata, ketegasan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada sesi akhir Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, adalah curahan kekecewaan yang dirasai oleh semua rakyat Sarawak dalam urusan mereka kerajaan persekutua­n.

Menurut beliau, rakyat Sarawak mengulangi permintaan untuk mengembali­kan kuasa Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan menuntut bayaran 20 peratus royalti minyak dan gas berdasarka­n pengeluara­n.

Namun demikian katanya, apa yang rakyat Sarawak dengar dari Kuala Lumpur hanyalah alasan demi alasan untuk tidak melayan permintaan Sarawak.

“Ini adalah dua isu yang menimbulka­n kekecewaan dalam kalangan rakyat Sarawak dan terdapat banyak lagi isu kecil lain yang mengecewak­an rakyat Sarawak,” katanya menerusi WhatsApp semalam.

Tambah Peter yang juga Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS), apabila Sarawak mengenakan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum dalam Belanjawan 2019, terdapat suara-suara tidak bersetuju didengari dari Kuala Lumpur.

Malah sehingga sekarang, Gabungan Parti Sarawak (GPS) masih lagi menunggu kelulusan pendaftara­nnya yang mungkin di bawah perintah orang atasan di Kuala Lumpur.

Semua ini katanya, dan banyak lagi perkara lain telah menimbulka­n rasa tidak gembira dalam kalangan rakyat Sarawak dan apabila Ketua Menteri bersuara, mereka berasa lega.

“Apa yang memburukka­n lagi keadaan ialah kritikan daripada rakyat Sarawak sendiri yang terikat kepada pemimpin Kuala Lumpur dan parti berpangkal­an di Kuala Lumpur.

“Jelas sekali mereka ini telah dipergunak­an oleh ketua mereka di Kuala Lumpur untuk mengganggu rakyat Sarawak dan pemimpin-pemimpin Sarawak,” katanya.

Dalam keadaan politik semasa hari ini katanya, rakyat Sarawak tidak lagi dapat bergantung kepada orang luar termasuk mereka di Kuala Lumpur untuk mengetahui dan memahami Sarawak.

Rakyat Sarawak katanya, mesti berdiri di atas kaki sendiri dan berdiri bersama pemimpin mereka sendiri untuk memajukan dan melindungi Sarawak daripada dikawal orang luar.

“Rakyat Sarawak menghormat­i Malaysia sebagai negara tanah air mereka dan mencintai Malaysia walau apa pun yang terjadi.

“Tetapi, politik kotor telah membuatkan rakyat Sarawak berasa sangat tidak disayangi oleh ditolak oleh mereka di Kuala Lumpur,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia