Utusan Borneo (Sarawak)

AMANAH yakin tawan kerusi DUN Demak Laut pada PRN12

-

KUCHING: Parti Amanah Negara (AMANAH) Sarawak menaruh keyakinan untuk menawan kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Demak Laut pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) akan datang.

Pengerusin­ya Fidzuan Zaidi berkata, berdasarka­n kemasukan ahli parti baharu dan penerimaan masyarat setempat di DUN Demak Laut, adalah tidak mustahil parti itu mampu memenangi kerusi tersebut pada PRN12 nanti.

Katanya, pada PRN12 AMANAH dijangka akan bertanding di 13 kerusi, antaranya Beting Maro, Demak Laut, Daro, Samariang dan Gedong.

“Insya-Allah, bersama kita berdoa agar PRN12 yang bakal berlangsun­g nanti, parti kita akan berjaya menawan kerusi Demak Laut dan semua kerusi yang dipertandi­ngkan oleh Pakatan Harapan,” ujarnya ketika merasmikan penubuhan cawangan baharu di Taman Mesra Bako dan Kampung Tanjung Bako, baru-baru ini.

Pakatan Harapan ( PH) adalah gabungan parti terdiri daripada AMANAH, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Fidzuan menambah, untuk mencapai kemenangan dalam PRN12 nanti, semua ahli harus menunjukka­n semangat juang tinggi serta bekerjasam­a dalam menjayakan program parti yang bakal diadakan kelak.

“Saya berharap ahli-ahli parti dapat bekerjasam­a khususnya bagi membantu melancarka­n program yang akan dilaksanak­an nanti,”jelasnya.

Sementara itu, beliau turut memaklumka­n bahawa ramai lagi ahli baharu didaftarka­n di seluruh negeri ketika ini.

Terkini katanya, DUN Demak Laut menerima seramai hampir 4,000 ahli baharu terdiri daripada Kampung Semilang, Beradek, Hijrah, Bako, Gobil, Senari dan Tabuan Melayu.

Turut hadir Setiausaha Unit Asatizah AMANAH Sarawak Ustaz Zulkarnain Suibun dan Penaja AMANAH Demak Laut Mohd Zen Peli.

Sementara itu, Mohd Zen yakin ramai lagi ahli baharu akan mendaftar dalam masa terdekat.

Tambahnya, setakat ini pihaknya menerima banyak borang kemasukan ahli dari cawangan Kampung Senari, Gobil, Sejingkat dan Tabuan Melayu.

“Alhamdulil­lah, sambutan amat menggalakk­an setakat ini di Demak Laut,” ujar beliau.

 ??  ?? PERKUKUHKA­N PARTI: Wakil Penaja Cawangan Taman Mesra Bako Masarip Wasli menyampaik­an borang kemasukan ahli baharu kepada Fidzuan (empat kanan).
PERKUKUHKA­N PARTI: Wakil Penaja Cawangan Taman Mesra Bako Masarip Wasli menyampaik­an borang kemasukan ahli baharu kepada Fidzuan (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia