Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa cadangan dikemuka untuk menarik lebih ramai pelancong pada penganjura­n tahun hadapan

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Beberapa cadangan telah dikemukaka­n pada mesyuarat pascanilai Sibu Internatio­nal BASE Jump 2018 untuk merancakka­n lagi penganjura­n acara berkenaan pada masa akan datang.

Residen Bahagian Sibu Charles Siaw berkata, beberapa program telah dikenal pasti untuk diserapkan ke dalam penganjura­n Sibu Internatio­nal BASE Jump 2019 bagi menarik lebih ramai pelancong, khususnya dari wilayah tengah.

Katanya, ini termasuk mengadakan pertunjuka­n pentas seni bakat dan larian pada waktu malam.

“Bagaimanap­un, acara-acara yang dikemukaka­n tersebut masih di peringkat cadangan dan kita belum memuktamad­kannya,”

Bagaimanap­un, acara-acara yang dikemukaka­n tersebut masih di peringkat cadangan dan kita belum memuktamad­kannya. ” Charles Siaw Residen Bahagian Sibu

katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis makan malam penghargaa­n sempena penganjura­n Sibu Internatio­nal BASE Jump 2018 di sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.

Seramai 34 penerjun dari 14 negara mengambil bahagian dalam edisi ke-10 Sibu Internatio­nal Jump 2018 dari 20 hingga 23 September lepas.

Mereka terdiri daripada penerjun dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Belarus, Belgium, Kanada, Estonia, Ireland, New Zealand, Rusia, Finland, Perancis, Jerman, Australia dan Malaysia.

“Di kesempatan ini, saya mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan penganjura­n Sibu Internatio­nal BASE Jump 2018,” ujar beliau.

Katanya, tanpa kerjasama dan sokongan daripada semua pihak adalah mustahil untuk menjayakan penganjura­n acara bertaraf dunia itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia