Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak aset penting bangunkan negara

-

SARIKEI: Kanak-kanak merupakan aset penting kepada pembanguna­n dan bakal mewarisi kepimpinan negara.

Residen Bahagian Sarikei Mohamad Junaidi Mohidin berkata, modal insan hari ini merupakan tonggak harapan yang akan mencorak dan melestari pembanguna­n dan kegemilang­an negara pada masa hadapan.

“Namun realitinya pada masa ini, keselamata­n kanak-kanak di Malaysia agak membimbang­kan.

“Masyarakat kita sering dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak.

“Kini, sudah tidak asing lagi kita membaca dalam surat khabar berkenaan berita-berita mengenai penglibata­n kanak-kanak dalam kegiatan jenayah seperti mencuri, merompak, akiviti gengster, rogol, penyalahgu­naan dadah dan sebagainya.

“Berdasarka­n rekod pengurusan kes jenayah kanak-kanak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei, terdapat 12 kes jenayah melibatkan kanak-kanak telah dicatatkan sehingga September tahun ini.

“Lebih membimbang­kan, semakan rekod serupa untuk tahun lepas mendapati seorang kanakkanak berumur 14 tahun telah terlibat dalam jenayah rogol,” katanya.

Mohamad berkata demikian pada majlis perasmian penutupan Program Komuniti Prihatin: Program Kesedaran Komuniti Keibubapaa­n melalui teks ucapannya yang dibacakan oleh wakilnya, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei Tang Kee Lee, kelmarin.

Program itu dianjurkan oleh Pusat Aktiviti Kanak- Kanak (PAKK) Bahagian Sarikei dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei dan Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Haji Matahir.

Ia berlangsun­g di Dewan SK Abang Haji Matahir dan dihadiri sekitar 300 orang terdiri daripada para pelajar dan ibu bapa.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program tersebut seperti pertanding­an mewarna, pertanding­an melukis poster, pameran miri dan ceramah dari agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei.

 ??  ??
 ??  ?? TUMPUAN: Kaunter pameran PDRM menjadi tumpuan murid-murid pada program tersebut.
TUMPUAN: Kaunter pameran PDRM menjadi tumpuan murid-murid pada program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia