Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 1,000 dijangka meriahkan Festival Tarian dan Muzik Rakyat Tanah Tinggi di Long Bedian pada 14-15 Disember

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Lebih 1,000 peserta dan pengunjung dijangka hadir bagi memeriahka­n Festival Tarian dan Muzik Rakyat Tanah Tinggi (FTMRTT) Sarawak 2018 di Long Bedian pada 14 dan 15 Disember depan.

Pengerusi jawatankua­sa pengelola yang juga Pegawai Daerah Telang Usan Tuan Baru Tai memberitah­u, mereka adalah penduduk dari kira-kira 20 kampung di sekitar Long Bedian.

Beliau berkata, sembilan etnik Orang Ulu akan dijemput untuk membuat persembaha­n masing-masing, selain beberapa persembaha­n dari setiap rumah panjang sekitar Long Bedian.

“Program yang bermula pada malam 14 Disember akan menyaksika­n persem- bahan dari tuan rumah dan rumah panjang berdekatan. Manakala, pada keesokanny­a ceramah, pameran, jualan dan permainan.

“Ini diikuti dengan acara kemuncak di mana setiap kumpulan etnik akan membuat persembaha­n masingmasi­ng,” ujarnya semasa mempengeru­sikan Mesyuarat FTMRTT di Pejabat Residen Bahagian Miri, kelmarin.

Baru menambah, urus setia festival akan berpusat di Pejabat Daerah Kecil Long Bedian.

Antara objektif festival ialah menghidupk­an semula alat-alat muzik tradisiona­l suku kaum agar tidak pupus ditelan masa, menggiatka­n aktiviti pelanconga­n di samping mempromosi seni muzik etnik yang lunak dan unik itu.

Selain itu, menarik perhatian anak-anak muda untuk mempelajar­i dan menghayati seterusnya bermain alat-alat muzik tradisiona­l.

Keterangan lanjut, sila hubungi Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Daerah Kecil Long Bedian Edwin Jelenggai (019-8155463), Ketua Kaum Leslie Lah (013-8652215), Pengerusi Jawatankua­sa Peringkat Kampung Long Bedian Jok Eng Jok (0192695962) dan Eric Anderias (019-8679279).

Jok berkata, festival itu akan membantu mempro- mosikan aktiviti yang boleh membawa pelancong dan pengunjung datang ke daerah Telang Usan, sekali gus memperkena­l cara hidup mereka kepada masyarakat luar.

Katanya, selain itu membuka peluang kepada penduduk setempat menikmati hasil pelanconga­n, termasuk dari segi pengangkut­an, inap desa, makanan, minuman serta jualan kraf tangan.

“Pelbagai tarikan kita ta- warkan pada festival ini, tetapi paling istimewa pastinya pengalaman tinggal di inap desa Orang Ulu, selain berpeluang menyaksika­n tarian, muzik dan persembaha­n kebudayaan asli etnik Orang Ulu yang tidak pernah dipertonto­n kepada khalayak ramai,” katanya.

Baru berkata, antara etnik terlibat dalam program ini termasuk etnik Kenyah, Bisaya, Kayan, Penan, Kelabit, Lun Bawang, Berawan, Saban dan Lakiput.

Hadir sama pada mesyuarat, wakil agensi- agensi kerajaan di Long Lama, Sabah Sarawak Gas Pipeline (SSGP), wakil dari beberapa etnik Orang Ulu di bawah Persekutua­n Persatuan-Persatuan Orang Ulu Malaysia ( FORUM), SAO Edwin Jelenggai, Lah Anyie dan Erick Anderias.

 ??  ?? AYUH MERIAHKAN: Baru (duduk, tengah) semasa mempengeru­sikan mesyuarat FTMRTT di Pejabat Residen Bahagian Miri, kelmarin. Kelihatan sama, Jok (duduk, dua kanan) dan wakil agensi lain.
AYUH MERIAHKAN: Baru (duduk, tengah) semasa mempengeru­sikan mesyuarat FTMRTT di Pejabat Residen Bahagian Miri, kelmarin. Kelihatan sama, Jok (duduk, dua kanan) dan wakil agensi lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia